Maklumat yang terdapat di dalam BizNet antaranya ialah:
- aktiviti akan datang oleh pihak Tupperware
- artikel Tupperware yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah
- pelan pemasaran
- penyata jualan ahli kumpulan dan diri sendiri (bonus, komisyen, status keahlian dll).
Adakah anda konsultan baru? Berikut ialah langkah-langkah untuk login kali pertama ke BizNet.
- Masukkan username dan password iaitu 6 digit nombor ID Tupperware anda. Cth: 999999.
- Kemudian anda akan diminta untuk menukar password baru iaitu gabungan huruf dan angka (alphanumeric) 8 hingga 10 karakter. Cth: zzzz4444.
- Setelah password baru disahkan, login semula dengan ID Tupperware kekal sebagai username.
Disertakan panduan bergambar bagi memudahkan anda memahaminya. Selamat berBizNet!