Tuesday, October 30, 2012

Mahu Sihat, Cantik Dan Bertenaga?


Anda mahukan...

Tubuh badan yang sihat?
Kulit dan wajah yang cantik?
Bertenaga dan cergas sehingga ke malam?
Minda yang cerdas?


Jom ikuti langkah-langkah ini...
Amalkan pemakanan yang sihat disamping mengambil makanan tambahan bagi menampung kekurangan yang ada..


8.00 pagi
Minum segelas Lacto-Fiber

8.30 pagi
Sarapan pagi
1 kapsul MultiPlus Ginseng

1.00 tengahari
Makan tengahari
1 kapsul Omega Q10

5.00 petang
Minum petang

8.00 malam
Makan malam
1 kapsul Omega Q10

Sebelum tidur
Minum segelas BerryGen

SELAMAT BERJAYA!!!

Mystery November

Tempoh: 1  - 17 November 2012


Diskaun sehingga 30%
Cepat tempah sekarang sementara stok masih ada!


*klik gambar untuk paparan lebih jelas*

Thursday, October 11, 2012

Bersatu Hati

Kerjasama dalam satu pasukan adalah amat penting demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Sifat bersatu hati dan sepakat perlu dipupuk supaya kejayaan yang diimpi dapat dikecapi bersama-sama.

Walaupun kita dianggap lemah dan serba kekurangan oleh pihak lawan...kita tetap mampu berjaya seandainya kita terus bersatu hati, tidak sombong dengan kelebihan yang kita ada, mematuhi arahan ketua serta ada sifat ingin membantu kawan-kawan yang lemah. Malah sasaran yang kita tetapkan itu, boleh jadi kita akan dapat lebih lagi...

Sebaliknya jika kita tidak mematuhi arahan ketua dan hanya mengikut suka hati sendiri saja, tidak bersatu dan bekerjasama, tak nak menolong kawan-kawan yang lemah serta ingat kita saja yang kuat...maka kejayaan yang kita perolehi itu hanyalah sementara...

Oleh itu, kekalkanlah sifat bersatu hati supaya kejayaan akan terus menjadi milik kita...

Saturday, October 6, 2012

MM Di Rak Dapur


Cantikkan? Tersusun elok je Modular Mates (MM) di rak dapur. Senang nampak apa isi kat dalamnya. E'eh..gula dah habisla..kena top up tu..he3...

Sorry, gambar sebelum tak ada terus snap gambar selepas je...

Wednesday, October 3, 2012

Katalog 7/2012 - Always Fresh

[Tempoh: 1 Oktober - 10 November 2012]














Dapatkan katalog penuh (hard copy) dengan menghantar SMS ke 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com. 

Jika sms, taip: Katalog Tupperware>nama>alamat penuh>

Contoh: Katalog Tupperware>Azwa Saini>No. 68, Jln 4/91, Tmn Shamelin Perkasa, 56100 Cheras>


Terima kasih.

Friday, September 21, 2012

Tupperware BizNet

BizNet merupakan laman web bagi semua konsultan Tupperware mendapatkan maklumat terkini serta menyemak penyata jualan ahli kumpulan dan diri sendiri.

Maklumat yang terdapat di dalam BizNet antaranya ialah:

  • aktiviti akan datang oleh pihak Tupperware
  • artikel Tupperware yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah
  • pelan pemasaran
  • penyata jualan ahli kumpulan dan diri sendiri (bonus, komisyen, status keahlian dll).


Adakah anda konsultan baru? Berikut ialah langkah-langkah untuk login kali pertama ke BizNet.

  1. Masukkan username dan password iaitu 6 digit nombor ID Tupperware anda. Cth: 999999.
  2. Kemudian anda akan diminta untuk menukar password baru iaitu gabungan huruf dan angka (alphanumeric) 8 hingga 10 karakter. Cth: zzzz4444.
  3. Setelah password baru disahkan, login semula dengan ID Tupperware kekal sebagai username.
Disertakan panduan bergambar bagi memudahkan anda memahaminya. Selamat berBizNet!


Tuesday, September 18, 2012

Hari Minggu Yang Sibuk

Bermula Sabtu Ahad ni, hari minggu saya agak sibuk..22 & 23 Sept ada kem motivasi untuk pelajar yang bakal menduduki exam PMR dan SPM. 29 & 30 Sept ada majlis pertunangan adik saya. Manakala pada 5 hingga 7 Okt pulak ada kursus yang perlu dikendalikan. Tiga minggu berturut-turut saya akan out station.

Walaupun hari minggu saya nampak padat, anda masih boleh order barang dan daftar keahlian seperti biasa. Jangan risau...team saya ada untuk membantu dan saya tetap ada masa untuk anda. Kerana itulah bisnes ni dikatakan fleksibel...sebab kita boleh adjust sendiri masa kita, di mana dan dalam situasi apa sekalipun...

Nak Diskaun Ke?

Nak beli barang Tupperware dengan harga murah?
Nak diskaun?
Ohhh...boleh aje...
Jadilah ahli dengan team Nur & Tupperware..
Bukan setakat diskaun saja malah anda boleh dapat komisyen, bonus dan rebat produk lagi tau...

Klik sini untuk maklumat lanjut...

Monday, September 17, 2012

12 Hari Lagi!

Anda nak jadi ahli Tupperware? 
Marilah mendaftar dengan Nur & Tupperware.

Yuran keahlian hanya RM70.00 seumur hidup tapi jika anda mendaftar dengan Nur pada bulan ini (September 2012), ada offer menarik tau. 
Nur bagi subsidi RM10.00 kepada anda.

Jadi, tunggu apa lagi? 
Emelkan maklumat anda dan salinan kad pengenalan kepada nurdantupperware@yahoo.com
Taipkan pada subjek: Pendaftaran ahli Tupperware dengan subsidi.

Cepat!!! Tinggal 12 hari saja lagi!!!

Wednesday, August 29, 2012

For Newborn Baby

Set Precious Baby Collection ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada baby yang baru lahir. Ianya bebas BPA dan selamat untuk baby.

Produk utama dalam set ini ialah:
- 1 unit OT Canister Small with Prints (2.0L)
- 2 unit Baby Bottle (8oz)
- 2 unit Baby Bottle Cap & Collar
- 2 unit Tri-flow Teat

Produk sampingan ialah (berbeza mengikut kempen):
- Baby Divided Dish
- Formula Dispenser


Nur & Tupperware menerima tempahan jika anda ingin menghadiahkan set ini kepada insan tersayang. Kami akan membantu anda mengepos/menghantar hadiah terus kepada penerima.

Percuma kad ucapan handmade dengan setiap tempahan.

Maklumat lanjut & tempahan, hubungi
Azwa, 013-3351433

Friday, August 24, 2012

Katalog 6/2012 - Effortless Meals Everyday

[Tempoh: 13 Ogos - 29 September 2012]












Dapatkan katalog penuh dengan menghantar SMS ke 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com. Taip: Katalog Tupperware>nama>alamat penuh>
Contoh: Katalog Tupperware>Azwa Saini>No. 68, Jln 4/91, Tmn Shamelin Perkasa, 56100 Cheras>

Tuesday, August 7, 2012

Salam Aidilfitri 1433H




Juga kepada kaum keluarga, business partner dan customer 
Nur & Tupperware... 
Sokongan anda sangat dihargai. 
Terima kasih..


Sunday, July 29, 2012

Hamper Raya



Cake Gift Set, hanya RM92.30.

Terdapat dua pilihan:
- Lemon Blackcurrant
- Blackforest

Kurma Gift Set, hanya RM60.00.

Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Tempah sekarang sementara stok masih ada!


Azwa
013-3351433

Saturday, July 28, 2012

Warna-warni Si Textured Canister

Textured Canister ni saya buat bekas simpanan alat jahitan seperti benang, riben, zip dan jarum. Takdela bersepah-sepah kan...kemas je....senang nak cari bila dah diasingkan macamni...


Canister pun cantik..warna-warni gitu sama macam benang dan riben...sedapje mata memandang...mood nak menjahit pun makin bertambah ;) 

Sunday, July 22, 2012

Keperluan Perniagaan

Dalam menjalankan bisnes Tupperware, kita perlu mempunyai sumber dan peralatan bagi melancarkan bisnes ni seperti:


Komputer/laptop + internet
Sebagai medium untuk kita mengemaskini maklumat di dalam blog, page dan website juga digunakan untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan dan business partner. Selain itu, kita dapat membuat rujukan dan menyemak maklumat terkini di website syarikat.

Telefon/handphone
Kita perlu ada telefon/handphone bagi memudahkan komunikasi segera dengan pelanggan dan business partner. Pastikan bateri sentiasa full dan kredit mencukupi. Lebih baik lagi guna je postpaid, tak payah risau nak top-up laa..tak de kredit laa..



Buku nota dan alatulis
Buku nota ni untuk kita menulis apa-apa catatan tentang bisnes. Perlu juga ada buku order untuk merekodkan oder pelanggan. Alatulis yang perlu ada ialah seperti pen, kalkulator dan juga kalendar supaya senang kita block tarikh appoitnment atau semak event akan datang.


Bahan bacaan
Bacalah pelbagai buku dan artikel bagi membantu kita menambahbaik servis yang diberikan selain daripada menambah ilmu dalam bisnes.


Katalog + borang
Sentiasa bawak katalog dan borang dalam beg. Haa...sebab tu lah saya bawak beg besar..hehehe...kadang-kadang orang telefon tak tentu masa dan kadang-kadang ada yang nak mendaftar keahlian. Jadi bila borang sentiasa ada, kan senang terus recruit.




Notice board/white board
Tampal apa-apa pesanan di notice board atau tulis event akan datang di white board sebagai peringatan.


Selamat berjaya!

Monday, July 16, 2012

I Like Party!

Saya suka party Tupperware!

Sebab...


Ada makan-makan...hhmmmm, sedap....

Ada games...happening dan kelakar...

Boleh dapat banyak hadiah...
 ada attendance gift
ada lucky draw
ada hadiah untuk host party
ada hadiah participate games
bestnyaa...!!!

Ada demo produk...tetamu pun boleh cuba sendiri

Dapat info pasal produk baru

Dapat jumpa kawan baru

Dan bannnnyak lagi...
Wahhh...bestnya...meriah dan seronok betulll!

Mahu berkongsi kemeriahan dan keseronokan ini?
Hubungi saya segera...
013-3351433 [Azwa]


Wednesday, July 4, 2012

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Ramadhan akan muncul tak lama lagi..kebanyakan tailor dah tak terima tempahan lagi dah. Buku tempahan biskut raya pun dah penuh ni...Eh, saya bukan nak ambik tempahan baju raya atau biskut raya. Saya masih menjual Tupperware.

Sekarang ni ada promosi untuk bulan puasa dan raya. Saya cuma nak bagitau yang tempahan dah dibuka. Menarik sangat tau..Kalau lambat nanti melepas pulak...Lebih baik tempah sekarang tau...



Sangat menarik kan set Blossom ni..sesuai untuk menghidang pelbagai jenis makanan..tetamu yang datang pun seronok nak makan kan...


Ada blackforest cake dan lemon blackcurrent cake sekali..sedap tau kek ni..goodie box ni pun besar..



Kurma ni pun sedap jugak..boleh juga hadiahkan set ini kepada kawan-kawan atau staf anda.

Haa..apa lagi..calling calling lah...

Tuesday, July 3, 2012

Wow, hebatnya!

Jubilee 2012 telah berlangsung pada 16 & 17 Jun 2012 di Sunway Convention Centre. Nur sangat excited nak join event ni sebab semua orang kata ia memang best...

-Bersama business partner-

Jubilee kali ini disertai lebih 300 orang ahli Tupperware seluruh Malaysia termasuk Singapura. Antara acara yang diadakan ialah reward kepada top selling organization dan individu, pengenalan produk baru, demo masakan, cabutan bertuah serta persembahan hiburan.

-Team JR Sales-

Yang bestnya, setiap kali tea break kan, dapat makanan dalam tupperware dan tupperware tu kita dapat..wah...bestnya!!! So, tiga kali tea break dapatlah bawak balik tiga tupperware...yippie!!!


Demo masakan oleh chef celebrity Jaafar Onn sangatlah menghiburkan. Beliau membuat demo menggunakan set terbaru Tupperware - Tupperchef Inspire. Selain itu, ada jua persembahan muzik tradisional, drumbeat dengan barang recycle seperti periuk, baldi, tong sampah serta tarian madagascar. Yang menarik lagi...ada juga persembahan dari MD Tupperware, Mr David Wong yang muncul sebagai Sultan Daud...

-Persembahan hiburan-

Cabutan bertuah pun tak kurang hebatnya..ada yang bawak balik Tupperware, galaxy tab, peti sejuk dan TV lcd...fuhh...dahsyat tu....saya tak dapat pun tapi attendance gift pun dah cukup hebat tau...

-Gift yang diterima-

Memang havoc dewan sepanjang dua hari event ni. Ditambah lagi dengan kenangan serta hadiah-hadiah dibawa balik....HEBAT!!!!