Thursday, October 17, 2013

Jom Bersih Dan Wangi

Sebagai usahawan, kita berhadapan dengan ramai orang. Jadi, antara perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan dan kekemasan diri. Kalau kita berpakaian selekeh, comot, kotor dan tak terurus...siapa yang nak berurusan dengan kita kan?

Siapa yang nak beli barang kita? Siapa yang nak join bisnes ni? Orang pun tak percaya.."betulke orang ni meniaga?".

Oleh itu, sentiasa pastikan perkara-perkara berikut terjaga:


1. Mulut dan gigi – Gosok gigi dan flos sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gosok sekali lidah dan dinding pipi. Lepastu berkumur dengan listerin. Sentiasa spair gula-gula atau chewing gum dalam beg. Elakkan nafas berbau sebab kita nak bercakap dengan orang. Kalau tak, mau pengsan orang nanti...



2. Muka – Walaupun anda tak suka bermekap namun perlu dipastikan muka anda tidak pucat dan terlalu polos. Pakai bedak dan sapukan sedikit gincu bibir sebagai penambah seri. Jangan lupa untuk senyum ye...



3. Kuku – Pastikan kuku anda bersih dan dipotong pendek.

4. Tudung/rambut – Pastikan tudung anda dikenakan dengan kemas dan rapi...jangan lupa gosok sebelum pakai ye...Bagi yang tidak bertudung, sisir dan ikat rambut dengan kemas, jangan dibiarkan berserabut pulak..



5. Pakaian – Pakai pakaian yang selesa, kemas dan bersesuaian dengan bisnes anda. Pastikan pakaian berbau harum dan digosok.

6. Bau badan – Pakai deodoran atau minyak wangi. Boleh juga sapukan losyen ke seluruh badan. Bila kita wangi, orang pun suka dekat dengan kita. Barulah boleh buat bisnes...




Wednesday, October 16, 2013

Ranking Nombor 1!

Tadi Nur google info mengenai Nutrimetics.. Nur taip keyword spesifik iaitu 'kebaikan ginger body cream nutrimetics' untuk menambah maklumat dalam blog Nur & Tupperware ni..sekali tu yang keluar kat atas sekali, kat rank pertama ialah blog Nur & Tupperware!

Keputusan untuk 'similar searches' pun page Nur yang teratas jugak..


Lepastu saja google dengan keyword general iaitu 'khasiat nutrimetics'. Page partner Nur iaitu Nida berada di rank kedua dan page Nur di rank keempat.. Alhamdulillah...


Friday, October 11, 2013

Party...Dulu Kini Selamanya...


Takkan terpisah, Tupperware dan party ibarat kulit dan isi
Takkan terpisah, Tupperware dan party pelbagai tema
Takkan terpisah...Tupperware dan party...
Dulu Kini Selamanya

Tuesday, October 1, 2013

Ibu Mertua Datang!

Gementar apabila ibu mertua datang ke rumah? 
Tarik perhatiannya dengan rumah yang kemas dan teratur menggunakan produk TUPPERWARE...
Anda pasti menjadi kesayangannya (>__<)