Sunday, July 29, 2012

Hamper Raya



Cake Gift Set, hanya RM92.30.

Terdapat dua pilihan:
- Lemon Blackcurrant
- Blackforest

Kurma Gift Set, hanya RM60.00.

Harga tidak termasuk kos penghantaran.

Tempah sekarang sementara stok masih ada!


Azwa
013-3351433

Saturday, July 28, 2012

Warna-warni Si Textured Canister

Textured Canister ni saya buat bekas simpanan alat jahitan seperti benang, riben, zip dan jarum. Takdela bersepah-sepah kan...kemas je....senang nak cari bila dah diasingkan macamni...


Canister pun cantik..warna-warni gitu sama macam benang dan riben...sedapje mata memandang...mood nak menjahit pun makin bertambah ;) 

Sunday, July 22, 2012

Keperluan Perniagaan

Dalam menjalankan bisnes Tupperware, kita perlu mempunyai sumber dan peralatan bagi melancarkan bisnes ni seperti:


Komputer/laptop + internet
Sebagai medium untuk kita mengemaskini maklumat di dalam blog, page dan website juga digunakan untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan dan business partner. Selain itu, kita dapat membuat rujukan dan menyemak maklumat terkini di website syarikat.

Telefon/handphone
Kita perlu ada telefon/handphone bagi memudahkan komunikasi segera dengan pelanggan dan business partner. Pastikan bateri sentiasa full dan kredit mencukupi. Lebih baik lagi guna je postpaid, tak payah risau nak top-up laa..tak de kredit laa..



Buku nota dan alatulis
Buku nota ni untuk kita menulis apa-apa catatan tentang bisnes. Perlu juga ada buku order untuk merekodkan oder pelanggan. Alatulis yang perlu ada ialah seperti pen, kalkulator dan juga kalendar supaya senang kita block tarikh appoitnment atau semak event akan datang.


Bahan bacaan
Bacalah pelbagai buku dan artikel bagi membantu kita menambahbaik servis yang diberikan selain daripada menambah ilmu dalam bisnes.


Katalog + borang
Sentiasa bawak katalog dan borang dalam beg. Haa...sebab tu lah saya bawak beg besar..hehehe...kadang-kadang orang telefon tak tentu masa dan kadang-kadang ada yang nak mendaftar keahlian. Jadi bila borang sentiasa ada, kan senang terus recruit.




Notice board/white board
Tampal apa-apa pesanan di notice board atau tulis event akan datang di white board sebagai peringatan.


Selamat berjaya!

Monday, July 16, 2012

I Like Party!

Saya suka party Tupperware!

Sebab...


Ada makan-makan...hhmmmm, sedap....

Ada games...happening dan kelakar...

Boleh dapat banyak hadiah...
 ada attendance gift
ada lucky draw
ada hadiah untuk host party
ada hadiah participate games
bestnyaa...!!!

Ada demo produk...tetamu pun boleh cuba sendiri

Dapat info pasal produk baru

Dapat jumpa kawan baru

Dan bannnnyak lagi...
Wahhh...bestnya...meriah dan seronok betulll!

Mahu berkongsi kemeriahan dan keseronokan ini?
Hubungi saya segera...
013-3351433 [Azwa]


Wednesday, July 4, 2012

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Ramadhan akan muncul tak lama lagi..kebanyakan tailor dah tak terima tempahan lagi dah. Buku tempahan biskut raya pun dah penuh ni...Eh, saya bukan nak ambik tempahan baju raya atau biskut raya. Saya masih menjual Tupperware.

Sekarang ni ada promosi untuk bulan puasa dan raya. Saya cuma nak bagitau yang tempahan dah dibuka. Menarik sangat tau..Kalau lambat nanti melepas pulak...Lebih baik tempah sekarang tau...



Sangat menarik kan set Blossom ni..sesuai untuk menghidang pelbagai jenis makanan..tetamu yang datang pun seronok nak makan kan...


Ada blackforest cake dan lemon blackcurrent cake sekali..sedap tau kek ni..goodie box ni pun besar..



Kurma ni pun sedap jugak..boleh juga hadiahkan set ini kepada kawan-kawan atau staf anda.

Haa..apa lagi..calling calling lah...

Tuesday, July 3, 2012

Wow, hebatnya!

Jubilee 2012 telah berlangsung pada 16 & 17 Jun 2012 di Sunway Convention Centre. Nur sangat excited nak join event ni sebab semua orang kata ia memang best...

-Bersama business partner-

Jubilee kali ini disertai lebih 300 orang ahli Tupperware seluruh Malaysia termasuk Singapura. Antara acara yang diadakan ialah reward kepada top selling organization dan individu, pengenalan produk baru, demo masakan, cabutan bertuah serta persembahan hiburan.

-Team JR Sales-

Yang bestnya, setiap kali tea break kan, dapat makanan dalam tupperware dan tupperware tu kita dapat..wah...bestnya!!! So, tiga kali tea break dapatlah bawak balik tiga tupperware...yippie!!!


Demo masakan oleh chef celebrity Jaafar Onn sangatlah menghiburkan. Beliau membuat demo menggunakan set terbaru Tupperware - Tupperchef Inspire. Selain itu, ada jua persembahan muzik tradisional, drumbeat dengan barang recycle seperti periuk, baldi, tong sampah serta tarian madagascar. Yang menarik lagi...ada juga persembahan dari MD Tupperware, Mr David Wong yang muncul sebagai Sultan Daud...

-Persembahan hiburan-

Cabutan bertuah pun tak kurang hebatnya..ada yang bawak balik Tupperware, galaxy tab, peti sejuk dan TV lcd...fuhh...dahsyat tu....saya tak dapat pun tapi attendance gift pun dah cukup hebat tau...

-Gift yang diterima-

Memang havoc dewan sepanjang dua hari event ni. Ditambah lagi dengan kenangan serta hadiah-hadiah dibawa balik....HEBAT!!!!

Eco Green Day

5 Jun setiap tahun merupakan sambutan Hari Alam Sekitar seluruh dunia. Nur juga turut serta dalam menyokong acara ini. Pada tarikh tersebut, Nur dan team upline berada di Perodua Rawang bagi menjayakan program mereka di mana Perodua mengadakan pertandingan, ceramah dan jualan berkaitan alam sekitar dan keselamatan.


Semestinya produk Tupperware sangat mesra alam...Tupperware mengamalkan 5R. Apa tu? 5R ialah:

Refuse: 
Say NO to plastic bag -> use ECO bag
Katakan tidak kepada beg plastik -> gunalah beg ECO

Reuse: 
Reuse container and products whenever possible
Gunakan bekas dan produk berulang kali selagi boleh

Reduce: 
The usage of single-serve water bottle
Kurangkan penggunaan botol air pakai buang

Recycle: 
Choose product with recycle content
Pilih produk yang boleh dikitar semula

Repair: 
Repair your home appliance rather than replace it
Perbaiki peralatan rumah selagi boleh daripada menggantikannya terus


Wartawan alam sekitar, Dato' Karam Singh Walia pun ada..beliau bagi talk pasal alam sekitar kepada staf Perodua. Haa...kami juga turut menaja indoor gift kepada staf yang hadir talk ini tau...semua pun seronok je dapat gift Tupperware..


Pengalaman di Perodua sangat menarik dan kami gembira kerana dapat menyumbang untuk alam sekitar juga. Terima kasih kepada Perodua sebab memberi peluang ini kepada kami. Terima kasih juga kepada Datuk Aminar Rashid Salleh, Pengarah Urusan Perodua yang melawat booth kami.