Tuesday, July 23, 2013

Untuk Mommy Dan Baby

Biasanya apabila ada antara adik-beradik atau kawan-kawan kita yang bakal melahirkan cahaya mata pastinya kita akan memberi hadiah kepada 'newborn baby' sama ada set botol susu, pakaian atau makanan. Tapi kita lupa pada 'mommy to be' yang sepatutnya kita hargai juga penat lelahnya mengandung dan melahirkan.

Apakata anda gabungkan hadiah untuk mommy dan baby... 2 dalam 1... Di sini ada satu hamper yang Nur buat untuk seorang teman. Untuk baby seperti biasa ada set syampu badan dan bedak, sarung tangan dan kaki, tuala mandi serta wet tissue. Untuk mommy pula ada minyak angin, Nutrimetics Ginger Body Wash serta tumbler Tupperware.


Jika anda ingin membuat tempahan, Nur terima ikut bajet anda...ada nak tanya apa-apa ke? Call/SMS di 013-3351433 atau emel di nurdantupperware@yahoo.com.

Monday, July 22, 2013

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik. Apa kata hari-hari biasa pun anda cuba latih diri untuk tidak menggunakan beg plastik. Bawa bag eco anda sendiri. Bukannya berat dan susah pun..lipat pastu masuk dalam beg tangan..senang kan? 

Ini ialah shopping bag saya (>_<)

Dengan bag eco..lebih jimat, lebih selamat. Anda juga dapat membantu menyelamatkan alam sekitar!

Dapur Panas

Setiap kali bulan Ramadhan, stesyen TV pastinya akan menayangkan program masakan sama ada menu berbuka puasa atau menu biskut raya.

Salah satu program masakan ini ialah Dapur Panas yang ditayangkan pada setiap hari Ahad jam 6.30 petang di TV3. Pengacara program ini ialah Neelofa dan Chef Nik Michael Imran. Mereka berdua menyediakan masakan berbuka puasa untuk parajurit tanahair seperti tentera udara dan tentera laut.

Nur bukan nak cerita pasal program ni sangat cuma nak bagitahu yang Tupperware Brands merupakan salah satu penaja dalam program ni... Jika anda menonton episod 2 pada 21 Julai 2013 yang lepas, anda akan dapat melihat Chef Nik menggunakan Season Serve untuk memerap daging batang pinang dengan rempah dan kunyit untuk resepi pertamanya iaitu Daging Bakar Air Asam.

Sumber foto: Facebook TV3Malaysia

Dalam resepi kedua pula iaitu Pulut Mangga, Chef Nik menggunakan Steam It yang diletakkan di dalam Inspire Stock Pot bagi mengukus beras pulut. Hasilnya, kedua-dua resepi dapat dimasak dengan lazatnya...

Sesiapa yang nak beli produk diatas: Season Serve, Steam It atau Set Memasak Inspire, bolehla roger-roger Nur ye.... 013-3351433 (Azwa)

Friday, July 12, 2013

Perhimpunan Terbesar Tahun Ini!

Tupperware Brands sekali lagi menghimpunkan lebih 300 orang directornya dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura pada 29 & 30 Jun 2013 yang lalu!

Perhimpunan terbesar ini ialah bagi meraikan mereka yang naik pangkat, yang dapat capai sasaran jualan serta memperkenalkan produk baru. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh delegasi dari India, China dan Vietnam serta VVIP dari Orlando dan Mexico.

Bersama Ms Mercedez, VVIP dari Tupperware Mexico.

Peserta perhimpunan turut dihiburkan dengan persembahan hiburan dan nyanyian daripada artis jemputan. Lebih menarik lagi apabila mereka terpukau dengan persembahan daripada ahli silap mata sewaktu memperkenalkan produk terbaru.

Team Top Winners


Demo masakan oleh Chef Nik Mikhael Imran.


Nur melaporkan untuk buletin Nur Dan Tupperware...ecehhh...