Friday, August 26, 2011

Apa Nak Buat? Siri 2

Setelah masa untuk mengadakan party Tupperware ditetapkan dan nama prospek disenaraikan, anda boleh fikirkan pula apa aktiviti yang akan dilakukan semasa party.  Selain daripada penerangan produk, anda boleh mengadakan:

Demonstrasi (Demo)
  • Demo produk membolehkan tetamu anda memahami fungsi dan manfaat produk dengan lebih baik
  • Demo sebaiknya ringkas dan padat. Lihat reaksi pelanggan terhadap produk tersebut. Minat mereka akan timbul jika mereka memegang, mencuba dan merasa produk itu sendiri
Permainan (Games)
  • Dengan mengadakan games, party anda akan lebih menarik dan ceria
  • Sediakan pelbagai games seperti kuiz atau teka nama untuk mereka sertai. Sediakan hadiah sebagai tarikan
Jual Beli/Ambil Order & Recruit
  • Party juga peluang untuk anda mengambil tempahan/order produk
  • Party juga peluang untuk anda recruit mereka yang berminat menjadi ahli
Soal Jawab
  • Sesi soal jawab (Q&A) memudahkan tetamu untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk
  • Anda juga boleh membuat personal approach dan bertanya samada mereka faham penerangan yang disampaikan
Makan-makan/Sembang-sembang
  • Tak sah perjumpaan kalau tak ada makan-makan. Yang ringkas sudah memadai seperti snek, bihun goreng atau kek
  • Kongsikan pengalaman anda menggunakan produk Tupperware dengan mereka

Saturday, August 20, 2011

Insan & Nasib

"Bergantung pada nasib adalah ibarat kayu yang hanyut. Insan yang berjaya itu berusaha menjadikan dirinya bernasib baik. Rezeki suka kepada insan yang berusaha."
[Pendita]

Friday, August 19, 2011

Punca Pendapatan Kedua

Bil handphone, elektrik, air, internet...
Pinjaman peribadi, rumah, kereta...
Yuran dan belanja sekolah anak...

Macam-macam nak kena bayar. Bagaimana nak mengatasinya ye?

Caranya bukanlah dengan mengurangkan perbelanjaan tetapi perlu berusaha mendapatkan pendapatan yang lebih kerana semua di atas adalah sebahagian dari hidup zaman sekarang yang tak dapat kita elakkan. Salah satu cara ialah dengan menceburi bidang perniagaan secara sambilan sebagai punca pendapatan kedua.

Iya, ceburilah bidang perniagaan Tupperware yang menawarkan pelbagai kelebihan. Antaranya:

  • Pelaburan minima dan seumur hidup
  • Pulangan modal segera / untung runcit
  • Latihan & sokongan teratur daripada upline dan team
  • Produk jenama antarabangsa yang diyakini semua
  • Produk yang berkualiti tinggi
  • Waranti seumur hidup bagi semua produk
  • Syarikat global yang utuh 

Dengan kelebihan Tupperware ini, adakah anda masih mahu berfikir dua kali?

Hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

Friday, August 12, 2011

Carta Penyimpanan Dengan Modular Mates

Anda boleh menggunakan Carta Perancangan Penyimpanan di bawah ini sebagai panduan bagi menyimpan makanan di dalam Modular Mates.

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Jeli Berry Gen


 Bahan-bahan:
10 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
600 ml air
1 peket NaturCare BerryGen

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air ke dalam pan. Taburkan serbuk agar-agar dan gula ke dalamnya.
  2. Didihkan sehingga agar-agar dan gula larut. Masukkan BerryGen dan kacau sehingga rata.
  3. Tutup api dan masukkan jeli ke dalam Set Jellete.
  4. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
(sumber: Katalog 6/2011: 8 Ogos-30 September 2011)

Monday, August 8, 2011

Kriteria Pekerjaan Idaman

Pekerjaan idaman seharusnya menawarkan:
  1. Gaji yang Menarik - Anda menentukan pendapatan anda
  2. Jaminan dan Kepercayaan - Syarikat yang kukuh dan stabil sejak lebih 40 tahun, memberi peluang pendapatan kepada berjuta orang di seluruh dunia, jenama isi rumah yang dipercayai
  3. Kerja dan Kehidupan Keluarga yang Seimbang - Masa adalah milik anda. Bekerja mengikut kesesuaian masa anda. Anda yang menentukan bila anda bekerja
  4. Peluang Kenaikan Pangkat yang Menarik - Anda menentukan tahap kedudukan anda dan tetapkan bila anda mahu dinaikkan pangkat
  5. Sumbangan Positif kepada Masyarakat dan Alam Sekitar - Mewujudkan impak yang positif dalam hidup manusia. Produk yang mesra alam.
Ini merupakan 5 kriteria utama yang dipertimbangkan oleh pencari kerja semasa mencari pekerjaan idaman.

PELUANG PERNIAGAAN JENAMA TUPPERWARE MEMENUHI KESEMUA KRITERIA ITU...

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com.   

Saturday, August 6, 2011

Apa Nak Buat? Siri 1

Party Tupperware adalah satu cara untuk mendapat sales dan recruitment, perkongsian peluang niaga dan pengetahuan produk.  Selain itu semasa party dijalankan, kita juga boleh berkongsi pengalaman dan idea dalam menjalankan bisnes ini.

Bagaimana hendak menjadi host party Tupperware? Berikut ialah perkara yang perlu anda senaraikan:

Friday, August 5, 2011

Kosmo, Khamis, 4 Ogos 2011

Bisnes Tupperware...bukan sekadar bisnes kaum wanita tetapi juga lelaki. Bukan sekadar bisnes makcik-makcik tetapi semua peringkat umur.



Thursday, August 4, 2011

Cara Selamat Menggunakan Produk Crystalwave

Tidak semua produk Tupperware boleh digunakan di dalam mikro gelombang. Crystalwave adalah produk yang telah dikhaskan bagi memanaskan makanan. Berikut ialah panduan dalam penggunaan produk Crystalwave.

  • Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan produk mikro gelombang dan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan orang dewasa
  • Jangan biarkan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan semasa memanaskan makanan
  • Rangkaian produk Crystalwave hanya boleh digunakan sebagai bekas untuk memanaskan makanan yang telah sedia masak dan tidak boleh digunakan untuk memasak
  • Jangan gunakan produk Crystalwave dalam ketuhar biasa atau ketuhar perolakan, di bawah elemen pemerangan atau di atas tungku dapur
  • Semasa mengisi makanan dalam bekas, jangan lupa memberi ruang untuk pengembangan makanan
  • Liang stim mestilah terbuka apabila memasukkan bekas berkedap ke dalam ketuhar mikro gelombang. Liang stim boleh dibuka dengan meletakkan jari ke dalam rongga bukaan berbentuk donat dan ditarik ke atas
  • Semasa menanggalkan pengedap (penutup), tarik jauh dari muka dan tangan supaya tidak melecur terkena wap
  • Jangan menggunakan pengedap secara berasingan sebagai permukaan untuk pemanasan dalam ketuhar mikro gelombang
  • Memanaskan sos dan makanan berasaskan tomato atau cili yang mempunyai pewarna makanan asli boleh menyebabkan kesan kotoran. Walaubagaimanapun, kesan kotoran ini tidak akan menjejaskan keupayaan produk Crystalwave
  • Berhati-hati semasa memanaskan makanan yang banyak gula, minyak dan lemak. Suhu yang berlebihan boleh tercapai sehingga produk ini menggelembung secara kekal
  • Proses pemanasan makanan mungkin tidak merata dan bahagian luar bekas terasa sejuk. Untuk mengelakkan pengguna dari melecur, gaul makanan dengan rata dan biarkan sejuk dahulu sebelum dihidangkan

Perkasakan Diri Anda

Adakah anda salah seorang di antara mereka  yang ingin meletak jawatan kerana:
  • Tekanan di tempat kerja?
  • Pendapatan yang tidak setimpal dengan kelayakan atau kelulusan?
  • Persekitaran kerja yang tidak menarik?
  • Dibebani dengan tugasan berat yang tidak setimpal dengan jawatan?
  • Ingin melakukan sesuatu yang lebih baik untuk diri dan keluarga?

Usah mengalah!
Tupperware Brands ada di sini!
Berilah peluang pada diri anda!

Anda mempunyai kuasa menentukan apa yang berlaku.  Kuasa yang datang melalui syarikat yang mempunyai produk yang betul, strategi dan pelan pemasaran yang bagus dan menarik serta latihan yang dapat membantu anda maju dan berjaya.

Anda juga dikelilingi, disokong dan dibantu oleh mereka yang sangat dedikasi, yang bermula dari bawah dan berjaya menggapai impian mereka…seperti anda juga…

Anda boleh!

Lakukannya sekarang dan...
  • Perolehi seberapa banyak pendapatan yang anda mahu
  • Penuhi keperluan anda dan anak-anak pada bila-bila masa
  • Nikmati ganjaran barang kemas dan percutian mewah yang ditanggung
  • Dapatkan kereta baru berjenama
  • Nikmati semua promosi yang selayaknya anda terima
  • Biarkan diri dikagumi, dihargai dan dijadikan conto
Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com.