Tuesday, May 20, 2014

Info Produk: Modular Mates




Fikirkan ruang...fikirkan penjimatan...fikirkan Modular Mates!

Modular Mates direka khas bagi:
  • Menyimpan makanan kering di dalam kabinet atau rak dapur.
  • Menjimatkan ruang simpanan di mana bekas-bekas ini boleh disusun dan ditindan dengan kemas. 
  • Mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan di mana penutupnya kedap air dan kedap udara. 
  • Menjamin kebersihan makanan dan dapat mengelak dari serangga perosak dan pencemaran seperti habuk.
  • Mengurangkan kerosakan makanan dan tidak menghancurkan makanan lembut dan rapuh seperti bihun atau agar-agar.
  • Menyimpan pelbagai jenis makanan samada dalam kuantiti yang kecil atau besar kerana bekasnya tersedia dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Ciri-ciri

  1. Tab bagi memudahkan bukaan
  2. Tutup yang kedap air dan kedap udara mengekalkan kesegaran makanan
  3. Mudah disusun bagi memaksimumkan ruang simpanan
  4. Tetingkap yang jelas bagi melihat kandungan di dalam bekas
 Tips penyimpanan selamat

  1. Untuk menutup, selaraskan takukan pada penutup dan tekan dengan ibu jari di sekeliling penutup.
  2. Untuk membuka, longgarkan setiap penjuru dan gelongsorkan ibu jari di bawah penutup.


Sebelum - Rak tidak tersusun, makanan bercampur-campur dan terdedah. 
Selepas - Rak nampak kemas dan teratur. Makanan tersimpan rapi.

Saiz dan bentuk


Harga (RM)

A) Modular Mates Round
1) MM Round I, RM11.70
2) MM Round II, RM14.50
3) MM Round III, RM18.60
4) MM Round IV, RM23.00

B) Modular Mates Oval
1) MM Oval I, RM17.10
2) MM Oval II, RM24.00
3) MM Oval III, RM30.40
4) MM Oval IV, RM33.90

C) Modular Mates Squares
1) MM Squares I, RM30.40
2) MM Squares II, RM38.30
3) MM Squares III, RM43.00
4) MM Squares IV, RM52.50

D) Modular Mates Rectangulars
1) MM Rectangular II, RM44.40
2) MM Rectangular III, RM56.80

E) Modular Mates Mini Rectangulars
1) MM Mini Rectangular I, RM21.70
2) MM Mini Rectangular II, RM31.10

(maklumat adalah benar pada tarikh dikemaskini, 27 Februari 2012)

Thursday, May 8, 2014

Halloo Everyone..I'm back!!!

Maaf lama menyepi..diam tak diam dah bulan Mei...
Nur masih wujud di dunia blog cuma kurang aktif saja tempohari.
Maklumlah sibuk bekerja..(huh..cliche sangat alasannya kan..)

Now, I'm back!!! 
Buat semua pelanggan, anda masih boleh mendapatkan info dan produk daripada:
SMS @ WhatsApp: 013-335 1433

Jangan lupa untuk follow Nur juga:
FB Page: Nur & Tupperware
Instagram: Azwa Saini

Friday, December 27, 2013

Selamat Tahun Baru 2014!


Kepada pembaca blog Nur & Tupperware, 
Nur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!!! 
Jaga diri ye jangan nakal-nakal..no no no...tak baik tau...

Mmmmm...Nur akan menyambut tahun baru di Beijing..yayy..!!!! 
Oh tidak..Nur tak bercuti tapi Nur menjalankan tugas sambil bercuti..
erk..ada beza ke? hehehe...

Apa-apapun, Nur mohon maaf ye jika ada salah dan silap...
Kita jumpa tahun hadapan...!!!
Tatatititutu....


I Love It! (>_<)

Saya sangat suka Eco Bottle ni..
Gerammmm sangat....!!!!
Saya suka benda yang berwarna-warni...
Haa...sekarang dah terjebak mengumpul Eco Bottle dan Eco Bottle Spring pulak...


Yayy...seronok sangat..!!!
Huhuhu.....

(^___^)

Monday, December 16, 2013

Pa & Ma, Disember 2013


Dapatkan botol susu terbaik demi menjamin kesihatan si comel anda.
Twinkle Baby Bottle daripada Tupperware ini bebas BPA dan mesra bayi.

Friday, December 13, 2013

Lunch Box



Lunch box Tupperware ni sangat mudah digunakan..masukkan saja dalam microwave tanpa perlu membuka penutupnya..hanya buka lubang wap sahaja..

Panaskan selama dua minit dan bila dah keluarkan, anda boleh rasa sendiri dengan tangan yang semua bahagian memang confirm panas..

Tuesday, December 10, 2013

Asian Meals Pilihan Saya


Anda sibuk dengan pelbagai kerja?
Tak ada masa nak memasak?
Usah risau, Asian Meals sedia membantu anda...
Dengan hanya 30 minit anda dapat menyediakan hidangan yang hebat.

Terdapat enam jenis semuanya:
Sambal Tumis
Pes Taucu Szechuan
Pes Kari Hijau Thai
Sos Nenas Masam Manis
Pes Rendang
dan
Sos Serbaguna

Yang menariknya, ia tiada MSG, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan perisa tiruan serta tiada lemak trans.

Dapatkannya segera hari ini!
Asian Meals pilihan saya...

Sweet & Sour Meat Ball


Bahan-bahan

1 keping daging cincang Ramlee
1 pek Tupperware Asian Meals Pineapple Sauce
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 mangkuk mix vege
Minyak masak

Cara masak
1. Bulat-bulatkan daging cincang mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
3. Setelah minyak panas, gorengkan bebola daging tadi.
4. Setelah agak masak, masukkan Tupperware Asian Meals Pineapple Sauce. 
5. Kacau rata. (Daging tadi mengeluarkan air jadi tak perlu tambah air)
6. Masukkan mix vege. Kacau lagi dan tunggu sehingga masak.
7. Masukkan bawang besar. (Bawang dimasukkan kemudian supaya ada rasa crunchy).
8. Makanan siap untuk dihidangkan.