Showing posts with label Booth Tupperware. Show all posts
Showing posts with label Booth Tupperware. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Karnival Kerjaya & Keusahawan Ampang

Karnival Kerjaya & Keusahawan Ampang akan diadakan pada 23 Jun 2013 di Bangunan UMNO Ampang dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Karnival ini adalah anjuran Persatuan Melayu Ampang Selangor dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Ampang dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Hulu Langat/Gombak.

Pelbagai acara menarik yang akan diadakan antaranya Bengkel Asas Perancangan Perniagaan, Bengkel Perniagaan Online,  pameran dari agensi kerajaan seperti AADK, taklimat pinjaman perniagaan serta kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, terdapat juga gerai jualan dan pameran yang disertai oleh usahawan muda dari kawasan Ampang. Antara produk yang akan dijual ialah pakaian, makanan, minuman, tudung, barangan kraf dan aksesori. Nur & Tupperware juga akan berada di sana.

Jom beramai-ramai memeriahkan karnival ini. Dapatkan produk-produk pada harga yang berpatutan di samping membantu ekonomi usahawan muda.

Thursday, March 21, 2013

Mini Karnival Transformasi Bersama Koperasi



Nur & Tupperware akan berada di Mini Karnival Transformasi Bersama Koperasi 2013 pada hari Ahad ini, 24 Mac 2013. Karnival tersebut akan diadakan di Bangunan UMNO Ampang dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jom beramai-ramai memeriahkan karnival tersebut.

Saturday, November 12, 2011

Promo Tupperware di Petaling Jaya & Semenyih

Promo dan party Tupperware bulan Oktober lalu diadakan di PJ Club, Petaling Jaya (Ahad, 23 Okt 2011) dan Semenyih (Sabtu, 29 Okt 2011). Kedua-dua promo ini memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ia adalah satu cabaran apabila kita menceburi bisnes.

Di PJ Club, kami telah berada di sana seawal jam 8 pagi. Namun sehingga jam 4 petang, tidak ada tanda-tanda yang kami akan mendapat sebarang sale di situ sehinggalah apabila kami mula mengemas untuk pulang, ada dua tiga orang datang untuk membeli produk yang dijual.



Begitu juga di Semenyih, tidak berapa mendapat sambutan, mujurlah ada juga tetamu dan demo tetap diteruskan.


Kedua-dua event ini betul-betul mencabar...rasa macam nak menangis je...namun kata-kata semangat dari upline supaya tidak berputus asa dan selalu berfikiran positif akan dipegang sentiasa.

Antara pengajaran yang perlu diambil ialah:
  1. Kaji event apa yang kita akan sertai dan siapa tetamu yang hadir
  2. Adakah lokasi itu sesuai untuk pasaran
  3. Kesesuaian masa dan tarikh yang dipilih
  4. Siapa golongan sasaran kita.

YA!!! Untuk berjaya, kita kena sentiasa berfikiran positif, tidak cepat mengalah dan berputus asa, rajin dan tekun berusaha serta percaya rezeki itu datangnya daripada ALLAH SWT.