Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Friday, December 13, 2013

Lunch Box



Lunch box Tupperware ni sangat mudah digunakan..masukkan saja dalam microwave tanpa perlu membuka penutupnya..hanya buka lubang wap sahaja..

Panaskan selama dua minit dan bila dah keluarkan, anda boleh rasa sendiri dengan tangan yang semua bahagian memang confirm panas..

Monday, April 8, 2013

Apa Nak Pakai Ni?

Pernah tak anda rasa bosan, balik-balik pakai baju warna yang sama je bila ke pejabat atau kelas?

Apa kata anda cuba tetapkan warna pada hari-hari tertentu. Hari anda juga akan lebih ceria mengikut warna baju anda!


Isnin
biru / hijau

Selasa
kuning / oren

Rabu
merah / coklat

Khamis
purple / pink

Jumaat
hitam / kelabu

Selamat mencuba!!

Sunday, January 29, 2012

Tutupkan Dengan Betul

Produk Tupperware direka dengan fungsi khusus bagi setiap produk, oleh itu, adalah penting untuk kita memahami ciri-ciri setiap produk termasuklah pelbagai cara untuk membuka dan menutup penutup Tupperware agar makanan tahan dan kekal segar lebih lama.

1) Oval Seal
- Untuk menutupnya, letakkan penutup diatas bekas, pastikan bucu kedua-dua penjuru selari dengan bahagian timbul pada bekas, kemudian tekan kedua-dua belah penutup sehingga mendengar bunyi.
- Untuk membukanya, tarik penutup dari bucu satu persatu.

2) One Touch Seal
- Untuk menutupnya, letak penutup diatas bekas dan tekan pada bahagian tengah dengan ibu jari sehingga mendengar bunyi.
- Untuk membukanya, tekan bahagian tengah dengan ibu jari atau tapak tangan sambil menarik bahagian sisi penutup.

3) Classic Round Seal
- Untuk menutupnya, tekan mana-mana bahagian sisi penutup menggunakan kedua-dua ibu jari. Kemudian tekan sekeliling bahagian sisi sehingga tertutup rapat/kemas. Tekan pada bahagian tengah penutup dan angkat sedikit bahagian tepi untuk mengeluarkan angin sebelum menutupnya semula.
- Untuk membukanya, pegang hujung penutup dan tarik sepenuhnya.

4) Square Round, Rectangular & Square Seal
- Untuk menutupnya, letakkan penutup pada bekas dan tekan pada mana-mana penjuru. Tekan sepanjang sisi penutup menggunakan ibu jari sehingga sampai penjuru yang bertentangan.
- Untuk membukanya, tarik penutup dari bahagian penjuru dan buka sepenuhnya.

NOTA: Panduan  bergambar boleh didapati di dalam Product Guide, hubungi saya untuk mendapatkannya.

Wednesday, September 14, 2011

Carta Penyimpanan Dengan FridgeSmart

Berikut adalah panduan penyimpanan makanan di dalam FridgeSmart, berapa banyak udara diperlukan bagi mengoptimumkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Monday, September 5, 2011

Tips Penyimpanan Makanan

Berikut adalah tips penyimpanan selamat apabila menggunakan produk Modular Mates, One Touch dan Giant Canister.
  1. Sentiasa menyimpan makanan kering di dalam bekas terkedap yang bersih dan kering. 
  2. Bekas makanan hendaklah dilabel dan ditarikhkan untuk membantu putaran stok.
  3. Tumpahan yang menarik perhatian kutu atau serangga perlu dibersihkan dengan segera.
  4. Basuh bekas kosong dengan sempurna dan anginkan sebelum diisi semula. Labelkan dengan tarikh baru.
  5. Sentiasa basuh tangan anda dan keringkan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan untuk mencegah apa-apa pencemaran.
  6. Sentiasa melupuskan makanan yang telah tamat tempoh.
  7. Beli makanan dalam jumlah yang diperlukan dan tambah lagi secara berkala.
  8. Sentiasa mengatur barang-barang yang paling kerap digunakan dan letakkan barang-barang tersebut bersama - ini menjimatkan masa dan tenaga apabila mencari barang-barang tersebut.

Friday, August 12, 2011

Carta Penyimpanan Dengan Modular Mates

Anda boleh menggunakan Carta Perancangan Penyimpanan di bawah ini sebagai panduan bagi menyimpan makanan di dalam Modular Mates.

Thursday, August 4, 2011

Cara Selamat Menggunakan Produk Crystalwave

Tidak semua produk Tupperware boleh digunakan di dalam mikro gelombang. Crystalwave adalah produk yang telah dikhaskan bagi memanaskan makanan. Berikut ialah panduan dalam penggunaan produk Crystalwave.

  • Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan produk mikro gelombang dan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan orang dewasa
  • Jangan biarkan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan semasa memanaskan makanan
  • Rangkaian produk Crystalwave hanya boleh digunakan sebagai bekas untuk memanaskan makanan yang telah sedia masak dan tidak boleh digunakan untuk memasak
  • Jangan gunakan produk Crystalwave dalam ketuhar biasa atau ketuhar perolakan, di bawah elemen pemerangan atau di atas tungku dapur
  • Semasa mengisi makanan dalam bekas, jangan lupa memberi ruang untuk pengembangan makanan
  • Liang stim mestilah terbuka apabila memasukkan bekas berkedap ke dalam ketuhar mikro gelombang. Liang stim boleh dibuka dengan meletakkan jari ke dalam rongga bukaan berbentuk donat dan ditarik ke atas
  • Semasa menanggalkan pengedap (penutup), tarik jauh dari muka dan tangan supaya tidak melecur terkena wap
  • Jangan menggunakan pengedap secara berasingan sebagai permukaan untuk pemanasan dalam ketuhar mikro gelombang
  • Memanaskan sos dan makanan berasaskan tomato atau cili yang mempunyai pewarna makanan asli boleh menyebabkan kesan kotoran. Walaubagaimanapun, kesan kotoran ini tidak akan menjejaskan keupayaan produk Crystalwave
  • Berhati-hati semasa memanaskan makanan yang banyak gula, minyak dan lemak. Suhu yang berlebihan boleh tercapai sehingga produk ini menggelembung secara kekal
  • Proses pemanasan makanan mungkin tidak merata dan bahagian luar bekas terasa sejuk. Untuk mengelakkan pengguna dari melecur, gaul makanan dengan rata dan biarkan sejuk dahulu sebelum dihidangkan

Friday, July 1, 2011

Menyimpan Produk Tupperware

Produk Tupperware perlu disimpan dengan baik bagi menjaga kualitinya.

  • Selepas dibersihkan, keringkan bekas dengan tisu atau tuala lembut
  • Simpan ditempat kering - rak atau almari
  • Pastikan bekas dan penutup disimpan berasingan terutama jika menyimpan bagi tempoh yang lama atau jarang guna bekas
  • Jangan tutup bekas jika disimpan bagi tempoh yang lama kerana penutup boleh mereput dengan sendiri disebabkan udara yang terhasil dalam bekas
  • Jangan simpan berhampiran dengan benda tajam seperti pisau bagi mengelakkan kesan calar

Tuesday, June 28, 2011

Membersihkan Produk Tupperware

Berikut ialah cara-cara untuk membersihkan dan menjaga produk Tupperware

  • Gunakan air suam/sejuk dan sponge lembut semasa mencuci bekas
  • Jangan gunakan sponge kasar kerana ia boleh mencalarkan bekas
  • Sebaiknya gunakan cecair pencuci (liquid detergent) bukannya pes pencuci (dishwashing paste) kerana kadangkala terdapat butiran kasar di dalam kandungan pes yang boleh mencalarkan bekas
  • Keringkan dengan tisu/tuala lembut atau biarkan kering sendiri
  • Jika ada kesan kotoran seperti kesan kuah kari, gunakan serbuk baking soda untuk menghilangkannya dengan membiarkan baking soda di dalam bekas semalaman. Cuci bersih-bersih keesokannya.