Showing posts with label Kegunaan. Show all posts
Showing posts with label Kegunaan. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Aiskrim Mangga

Sangat mudah nak buat aiskrim mangga ni. 
Masukkan jus mangga ke dalam freezermate junior. 
Kemudian sejukkan di dalam ruangan sejuk beku/freezer.
Tunggu sampai keras/beku.
Siap untuk dimakan!
(^_^)

(lagi sedap dimakan semasa cuaca tengah panas)


Monday, July 22, 2013

Hari Tanpa Beg Plastik

Hari Sabtu ialah hari tanpa beg plastik. Apa kata hari-hari biasa pun anda cuba latih diri untuk tidak menggunakan beg plastik. Bawa bag eco anda sendiri. Bukannya berat dan susah pun..lipat pastu masuk dalam beg tangan..senang kan? 

Ini ialah shopping bag saya (>_<)

Dengan bag eco..lebih jimat, lebih selamat. Anda juga dapat membantu menyelamatkan alam sekitar!

Thursday, April 11, 2013

Ice Ice Baby...

Selain daripada menyimpan frozen food, ikan, daging and so on...freezermate juga boleh digunakan untuk membuat ais...jadi anda tak perlu risau bekalan ais tak cukup dan terkejar-kejar pergi kedai nak beli ais!

Dengan freezermate, semuanya jadi mudah!


Uuuu...sedapnya..ice ice baby...

Thursday, March 21, 2013

Kursus Dan Sweets

Selalunya bila kita pergi kursus atau seminar, mesti ada sweets dan air mineral disediakan supaya kita boleh kunyah dan minum bagi mengelak mata mengantuk masa penceramah dok berceramah kat depan...


Ehem...comel tak sweets ni bila diletakkan dalam Elegant Small Square? Comel Kak Tonnnn......

Sunday, February 3, 2013

Masak & Makan

Kakak-kakak...makcik-makcik...haaa buat apa tu? 
Tengah goreng ayam ye...apa, buat cocktail? Wahh, sedapnya...
Ooo..ada buat makan-makan...

Hmmm...lepas masak tu, cer hidang dalam tupperware...mesti nampak menarik kan....

Custard pudding dalam B2B Slice & Stor

Pasta Carbonara dalam Salad Bowl dan Jumbo Fix N Mix

Fruit Cocktail dalam Floristika Bowl

Lempeng dalam Insulated Serving Dish with Colander

Ayam goreng Halia dalam Season Serve

Ehem...dah masak tu jangan lupa jemput saya ye... (",)

Saturday, July 28, 2012

Warna-warni Si Textured Canister

Textured Canister ni saya buat bekas simpanan alat jahitan seperti benang, riben, zip dan jarum. Takdela bersepah-sepah kan...kemas je....senang nak cari bila dah diasingkan macamni...


Canister pun cantik..warna-warni gitu sama macam benang dan riben...sedapje mata memandang...mood nak menjahit pun makin bertambah ;) 

Monday, June 11, 2012

Baby Tupperware

Adik saya, kalau tengok benda yang kecik-kecik ni dia panggil baby...Macam Rainbow Cube Gift Set dan Mini Prosperity Bowl..dia panggil Baby Tupperware...nak isi apa Baby Tupperware ni?

Hmmm, ramai juga yang tak tahu nak isi apa dalam Baby Tupperware ni sebab kecil dan comel sangat...Sebenarnya, banyak kegunaannya dan macam-macam boleh diisi antaranya ialah:

Ubatan, vitamin atau supplemen
 
 
 
Gula-gula dan kismis
 
 
Manik dan labuci
 
 
Butang 
 

 
Klip kertas, bullet dan map pin
Pin dan brooch kecil 
 Getah rambut

Haa..macamana? Dah dapat idea dah nak isi apa?