Showing posts with label Dari Ku Untuk Mu. Show all posts
Showing posts with label Dari Ku Untuk Mu. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum semua...


Nur ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada pelanggan yang dikasihi. Nur minta maaf jika ada salah silap sepanjang kita berurusan.

Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan lapang. Berikut ialah amal ibadah yang dapat kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan:

  1. Solat sunat Tarawih.
  2. Solat-solat sunat yang lain seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud.
  3. Bersedekah.
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
  5. Memperbanyakkan membaca Tahlil, Syahadah, berzikir, Tasbih dan sebagainya.
  6. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat memohon keampunan ALLAH SWT.
  7. Memperbanyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan daripada azab neraka.
  8. Memperbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Meninggalkan dan menjauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk perbuatan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah, berbohong dan sebagainya.

Sekali lagi, selamat berpuasa dan menunaikan amal ibadah seikhlasnya...

Thursday, May 8, 2014

Halloo Everyone..I'm back!!!

Maaf lama menyepi..diam tak diam dah bulan Mei...
Nur masih wujud di dunia blog cuma kurang aktif saja tempohari.
Maklumlah sibuk bekerja..(huh..cliche sangat alasannya kan..)

Now, I'm back!!! 
Buat semua pelanggan, anda masih boleh mendapatkan info dan produk daripada:
SMS @ WhatsApp: 013-335 1433

Jangan lupa untuk follow Nur juga:
FB Page: Nur & Tupperware
Instagram: Azwa Saini

Tuesday, December 10, 2013

Asian Meals Pilihan Saya


Anda sibuk dengan pelbagai kerja?
Tak ada masa nak memasak?
Usah risau, Asian Meals sedia membantu anda...
Dengan hanya 30 minit anda dapat menyediakan hidangan yang hebat.

Terdapat enam jenis semuanya:
Sambal Tumis
Pes Taucu Szechuan
Pes Kari Hijau Thai
Sos Nenas Masam Manis
Pes Rendang
dan
Sos Serbaguna

Yang menariknya, ia tiada MSG, tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan perisa tiruan serta tiada lemak trans.

Dapatkannya segera hari ini!
Asian Meals pilihan saya...

Tuesday, October 1, 2013

Ibu Mertua Datang!

Gementar apabila ibu mertua datang ke rumah? 
Tarik perhatiannya dengan rumah yang kemas dan teratur menggunakan produk TUPPERWARE...
Anda pasti menjadi kesayangannya (>__<)

Thursday, August 15, 2013

Hidup Lebih Ceria

Ceria, happening dan meriah nya hidup ini andai penuh warna-warni.
Alangkah cerianya juga apabila membawa Eco Bottle Spring berlainan warna setiap hari ke tempat kerja atau kolej.



Friday, May 3, 2013

Mei Yang Dinanti


Apa yang menarik dalam bulan Mei?

Hari Pekerja          Hari Ibu          Hari Jururawat          Hari Guru          Hari Lahir          Kenduri Kahwin


Wahhh...banyakkan sambutan...
Apa kata anda hadiahkan Tupperware buat insan tersayang...
Pasti mereka tersenyum riang...

(>____<)

Friday, March 15, 2013

Jom Purple Walk

Hari Ahad ni, 17 Mac 2013 ada 1 Million Women Purple Walk di Dataran Putrajaya dan serentak di seluruh negara.

Saya pun nak ke sana... jom jalan untuk kesihatan tubuh badan. Jangan lupa pakai baju purple ye...


Tuesday, August 7, 2012

Salam Aidilfitri 1433H




Juga kepada kaum keluarga, business partner dan customer 
Nur & Tupperware... 
Sokongan anda sangat dihargai. 
Terima kasih..