Showing posts with label Ketrampilan Diri. Show all posts
Showing posts with label Ketrampilan Diri. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Jom Bersih Dan Wangi

Sebagai usahawan, kita berhadapan dengan ramai orang. Jadi, antara perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah kebersihan dan kekemasan diri. Kalau kita berpakaian selekeh, comot, kotor dan tak terurus...siapa yang nak berurusan dengan kita kan?

Siapa yang nak beli barang kita? Siapa yang nak join bisnes ni? Orang pun tak percaya.."betulke orang ni meniaga?".

Oleh itu, sentiasa pastikan perkara-perkara berikut terjaga:


1. Mulut dan gigi – Gosok gigi dan flos sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gosok sekali lidah dan dinding pipi. Lepastu berkumur dengan listerin. Sentiasa spair gula-gula atau chewing gum dalam beg. Elakkan nafas berbau sebab kita nak bercakap dengan orang. Kalau tak, mau pengsan orang nanti...



2. Muka – Walaupun anda tak suka bermekap namun perlu dipastikan muka anda tidak pucat dan terlalu polos. Pakai bedak dan sapukan sedikit gincu bibir sebagai penambah seri. Jangan lupa untuk senyum ye...



3. Kuku – Pastikan kuku anda bersih dan dipotong pendek.

4. Tudung/rambut – Pastikan tudung anda dikenakan dengan kemas dan rapi...jangan lupa gosok sebelum pakai ye...Bagi yang tidak bertudung, sisir dan ikat rambut dengan kemas, jangan dibiarkan berserabut pulak..



5. Pakaian – Pakai pakaian yang selesa, kemas dan bersesuaian dengan bisnes anda. Pastikan pakaian berbau harum dan digosok.

6. Bau badan – Pakai deodoran atau minyak wangi. Boleh juga sapukan losyen ke seluruh badan. Bila kita wangi, orang pun suka dekat dengan kita. Barulah boleh buat bisnes...




Monday, April 8, 2013

Apa Nak Pakai Ni?

Pernah tak anda rasa bosan, balik-balik pakai baju warna yang sama je bila ke pejabat atau kelas?

Apa kata anda cuba tetapkan warna pada hari-hari tertentu. Hari anda juga akan lebih ceria mengikut warna baju anda!


Isnin
biru / hijau

Selasa
kuning / oren

Rabu
merah / coklat

Khamis
purple / pink

Jumaat
hitam / kelabu

Selamat mencuba!!

Wednesday, February 15, 2012

Perbaiki Imej Diri

Pernah tak anda rasa tidak bermaya semasa di tempat kerja? Atau kadang-kadang anda rasa bosan menjadi wanita kerjaya? Cuba lihat penampilan diri anda, mungkin ada sesuatu yang perlu anda perbaiki atau ubah…


Kalau sebelum ini anda tidak kisah memakai tudung yang tidak bergosok atau warna yang sama saja..atau masih tetap memakai kasut yang sudah kotor dan koyak…apakata anda ubah kebiasaan itu. Pilih warna dan corak tudung yang pelbagai dan gosok supaya kelihatan lebih kemas. Pakai dengan gaya yang berbeza dan tidak tetap pada satu gaya sahaja. Begitu juga kasut, belilah yang baru jika mampu.

 
Tukar gaya berpakaian anda. Jika selama ini anda asyik berbaju kurung saja, apakata anda kenakan blaus dan seluar panjang. Namun jika anda selesa berbaju kurung, tidak salah sekiranya anda berfesyen dengan kurung pesak gantung, kurung kedah atau kebarung. Ubah juga penampilan dan gaya berjalan sesuai dengan pakaian yang dipakai.

 
Tukar imej kusam kepada imej yang lebih kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan wajah dengan solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada baju dan tudung. Hias jari dengan sebentuk cincin sebagai penambah seri.


Usah terlalu pendiam atau terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang meminta pendapat dan bertanya sesuatu. Diam apabila orang berbicara isu-isu sensitif seperti hal politik dan lain-lain.