Thursday, May 26, 2011

Di Sini Bermula

Bagaimana saya mengenali Tupperware? Inilah kisah saya…

Kisah Satu
Makcik saya ahli Tupperware…dia selalu menghadiahkan barangan Tupperware kepada ahli keluarga dan rakan-rakan apabila ada sesuatu majlis seperti hadiah kahwin, majlis perpisahan atau hari lahir. Bila ada majlis perpisahan di tempat kerjanya (e.g ketua jabatan bersara), duit collection akan digunakan untuk membeli barangan Tupperware sebagai goodies. Atau kadang-kadang dia saja-saja menghadiahkan satu set Tupperware kepada ibu saya.

Kisah Dua
Saya tidak pernah membeli barang Tupperware tetapi pada satu hari di pejabat saya (tempat kerja lama), ada officemate yang ahli Tupperware bertanya sekiranya mahu bermain kutu Tupperware. Kutu Tupperware?? Apa tu? Cara main kutu Tupperware tu sama macam main kutu duit…bezanya kutu duit kita dapat duit dan kutu Tupperware kita dapat barang Tupperware…

Balik ke rumah, saya meminta pendapat ibu, lalu ibu menyarankan saya menyertainya. Katanya, at least saya merasa sesuatu daripada hasil gaji saya… bila tiba turn saya dapat barang, saya sangat excited...HAHAHA…

Kisah Tiga
Ibu pernah kehilangan 1 unit Tupperwarenya…wajahnya kelihatan sedih sambil bertanya… “Mana perginya Tupperware yang makcik bagi ibu tu? Sayang je dah hilang…”. Kesian ibu…kalaulah ibu tau saya yang cuai…huhuhu…

Kisah Empat
Hari pun berlalu dan satu hari ibu dengan tiba-tiba memberi cadangan supaya saya menjadi ahli Tupperware. Katanya tak rugi apa-apa kalau join…nak bagi hadiah kat orang ke, nak guna sendiri ke pun boleh… Lalu saya bertanya kepada makcik kalau saya nak jadi ahli Tupperware di bawahnya. Makcik pun memberitahu supaya saya mendaftar sahaja di mana-mana pusat jualan… Dan apabila saya tahu kawan saya Nidza adalah ahli Tupperware, saya pun menghubunginya untuk menjadi business partnernya…

Kawan-kawan…Nampak tak di situ? Tupperware ni merupakan sesuatu yang bernilai…seperti mana barang kemas yang kita pakai…seperti satu aset… kerana ia sudah mempunyai namanya sendiri, sangat popular, mahal tetapi kualiti terjamin dan banyak lagi kelebihannya… betapa glamernya nama Tupperware hinggakan bekas jenama lain pun kita akan panggil Tupperware.

Tahu tak, saya sudah jadi gila bayang dengan Tupperware…HAHAHA…
Maka, di sini bermulalah kisah saya dan Tupperware. NUR & TUPPERWARE

1 comment:

  1. Tahniah...anda sudah bergelar STAR consultant...
    alhamdulillah....

    ReplyDelete