Thursday, July 28, 2011

Perbelanjaan Saya

Setiap bulan saya perlu membayar ansuran kereta, takaful, insurans, koperasi, duit belanja ibu dan ayah, derma ke badan NGO…mmm, duit makan, duit tambang, duit barang-barang rumah/dapur…

Bagi keperluan dan kehendak peribadi pula, nak kena beli pakaian, aksesori, food supplement, mekap, buku, bil henpon. Barang-barang hobi lagi...tools untuk kraftangan...

Saya sedang mengira-ngira untuk membeli sebuah kamera digital dan sebuah laptop untuk kegunaan peribadi dan bisnes. Sebelum ini saya pinjam saja, teringin juga nak ada sendiri punya…

Sesekali gathering dengan kawan-kawan dan keluarga, kena keluar duit belanja juga…nak pergi makan angin...ziarah kawan-kawan dan keluarga kat luar daerah...

Wahh…semuanya DUIT…DUIT…DUIT…!!!

Mengikut kiraan bajet yang saya buat, saya masih mampu handle perbelanjaan keluar masuk tetapi adakalanya saya terover bajet juga… Tambahan pula dengan keadaan ekonomi semasa yang kian meningkat.

Saya masih perlukan duit extra bagi menampung perbelanjaan diri dan keluarga samada keperluan mahupun kehendak yang adakalanya tidak dapat ditahan-tahan (buat masa ini saya masih mampu mengawal kehendak itu…). Mujur juga saya tidak diajar oleh ibu saya untuk berbelanja barang mewah, jadi saya tak heran sangatlah…ha3..

Dengan Tupperware, saya yakin saya mampu memperoleh extra income.  Saya sudah jatuh cinta dengan bisnes ini dan saya pasti saya mampu memperoleh apa yang saya inginkan.  Saya perlu berusaha bagi mencapai impian ini.

Saya melihat Tupperware sebagai satu peluang yang sangat sesuai bagi menambah pendapatan.  Selain itu, dengan Tupperware saya berpeluang menambah kenalan, memperoleh ilmu pengetahuan, membina keyakinan diri, bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan dan banyak lagi faedah lain.

Saya melihat peluang ini di Tupperware…bagaimana pula anda?

No comments:

Post a Comment