Thursday, August 4, 2011

Cara Selamat Menggunakan Produk Crystalwave

Tidak semua produk Tupperware boleh digunakan di dalam mikro gelombang. Crystalwave adalah produk yang telah dikhaskan bagi memanaskan makanan. Berikut ialah panduan dalam penggunaan produk Crystalwave.

  • Jangan biarkan kanak-kanak menggunakan produk mikro gelombang dan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan orang dewasa
  • Jangan biarkan ketuhar mikro gelombang tanpa pengawasan semasa memanaskan makanan
  • Rangkaian produk Crystalwave hanya boleh digunakan sebagai bekas untuk memanaskan makanan yang telah sedia masak dan tidak boleh digunakan untuk memasak
  • Jangan gunakan produk Crystalwave dalam ketuhar biasa atau ketuhar perolakan, di bawah elemen pemerangan atau di atas tungku dapur
  • Semasa mengisi makanan dalam bekas, jangan lupa memberi ruang untuk pengembangan makanan
  • Liang stim mestilah terbuka apabila memasukkan bekas berkedap ke dalam ketuhar mikro gelombang. Liang stim boleh dibuka dengan meletakkan jari ke dalam rongga bukaan berbentuk donat dan ditarik ke atas
  • Semasa menanggalkan pengedap (penutup), tarik jauh dari muka dan tangan supaya tidak melecur terkena wap
  • Jangan menggunakan pengedap secara berasingan sebagai permukaan untuk pemanasan dalam ketuhar mikro gelombang
  • Memanaskan sos dan makanan berasaskan tomato atau cili yang mempunyai pewarna makanan asli boleh menyebabkan kesan kotoran. Walaubagaimanapun, kesan kotoran ini tidak akan menjejaskan keupayaan produk Crystalwave
  • Berhati-hati semasa memanaskan makanan yang banyak gula, minyak dan lemak. Suhu yang berlebihan boleh tercapai sehingga produk ini menggelembung secara kekal
  • Proses pemanasan makanan mungkin tidak merata dan bahagian luar bekas terasa sejuk. Untuk mengelakkan pengguna dari melecur, gaul makanan dengan rata dan biarkan sejuk dahulu sebelum dihidangkan

No comments:

Post a Comment