Sedih...party yang dirancang tak dapat diadakan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Banyak rumah terbuka diadakan di hujung Syawal ini, host takut tak ada orang yang datang party pulak. Jadi, terpaksa ditangguhkan dulu dan akan ditentukan tarikh yang sesuai kelak.
Memandangkan party tak jadi, apa saya nak buat pada hari minggu ye? Baru saya teringat yang bulan ini, turn kawan saya Nad dapat Rice Dispenser... Dia juga baru menjadi ahli Tupperware. Jadi saya bercadang menghantar Rice Dispenser dan Starter Kit ke rumahnya di Seremban. Sambil tu boleh la beraya dan melawat baby barunya... Nad pun tak ke mana-mana pada hari minggu ini.
Ok, Nida pun setuju untuk turut serta dan dia akan cuba mengajak abang Salleh ikut sekali. Sambil tu boleh bagi penerangan produk terus pada Nad. Harap-harap, kami dapat sales di Seremban nanti... (",)
Pengajaran: Sentiasa ada dua atau lebih plan dalam merangka sesuatu perkara. Sekiranya Plan A tak jadi, kita boleh cover dengan Plan B...Mana-mana plan pun, yang penting ia memberi manfaat kepada kita.
No comments:
Post a Comment