Kejayaan boleh dicapai sekiranya anda mengambil langkah seperti berikut:
- Sedia belajar - Belajar tentang produk, pelan perniagaan...belajar dari rakan niaga, hadiri kursus dan latihan serta lakukan kajian bagi menambah ilmu dan pengetahuan anda dalam bisnes ini.
- Wujudkan rangkaian - Anda boleh bermula dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk mewujudkan rangkaian dan dari situ anda boleh membina rangkaian yang lebih luas.
- Lakukan duplikasi sistem - Belajar dan ikut sistem yang digunakan oleh rakan niaga anda serta perbaiki dari masa ke semasa.
- Berikan komitmen masa - Tetapkan masa yang sesuai dengan anda bagi melakukan aktiviti jualan, pemasaran atau parti. Tumpukan sepenuh tenaga, usaha, fokus dan ikut jadual yang telah ditetapkan.
- Tetapkan matlamat dan bertindak dengan bijak - Anda perlu tahu apa matlamat anda, tetapkan satu matlamat yang boleh dicapai. Berfikir dengan kritis dan bertindak dengan bijak untuk mencapai matlamat tersebut.
- Gunakan produk - Apabila anda telah menggunakan produk ini, anda suka dan yakin padanya maka anda boleh berkongsi dengan orang lain pula.
- Positif, bersemangat, tabah dan sabar - Tiada kejayaan dapat dicapai sekelip mata, semuanya bermula dari bawah dan pasti melalui ujian dan kegagalan. Oleh itu, tetapkan semangat anda, sentiasa berfikiran positif atas apa yang berlaku serta tabah dan sabar dalam melalui setiap ujian dan cabaran.
- Anggap ia sebagai perniagaan - Jika anda menganggapnya sebagai hobi, maka anda juga akan menerima bayaran yang sedikit seperti hobi.
No comments:
Post a Comment