Sejak setahun yang lalu, berat badan saya bertambah hampir 12kg. Pada mulanya saya cuma hendak menambah beberapa kg sahaja tapi nampaknya berat saya terus naik dan naik dan naik. Doktor di klinik mengatakan berat maksimum yang sesuai ialah 50kg namun sekarang berat saya dah 56kg!
[nampak tak muka saya yang tembam...]
Saya terpaksa memunggah almari pakaian kerana kebanyakannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Mula-mula saya tidak kisah sangat tapi ada beberapa insiden yang menyebabkan saya berfikir semula untuk menurunkan berat badan sekarang. Pertama, saya rasa tak larat nak naik tangga rumah flat saya dan tangga jejantas untuk ke stesen LRT. Kedua, nak bangun dari duduk atas lantai pun saya rasa berat sangat. Ketiga, saya selalu rasa semput, cepat mengah dan sakit lutut.
Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil
Lacto-Fiber dan hingga hari ini sudah 2 minggu saya mengamalkannya. Lacto-Fiber adalah makanan kesihatan yang membantu menurunkan kadar kolesterol, membuang toksin, melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah dan melancarkan sistem imun tubuh.
Bukan bergantung sepenuhnya kepada Lacto-Fiber tetapi saya juga perlu bersenam dan minum air masak secukupnya supaya misi ini berjalan lancar. Saya berharap untuk mendapat berat badan ideal, yang sesuai dengan ketinggian saya.
Nanti saya maklumkan ya bila misi saya ini berjaya!
No comments:
Post a Comment