Wednesday, December 14, 2011

Spageti Carbonara Cendawan Berkrim



Bahan-bahan:
Setengah bungkus spageti (direbus)
Minyak untuk menumis
3 biji bawang merah  ) dicincang
3 ulas bawang putih  ) menggunakan Turbo Chopper
1 kiub pati ayam
1 tin sos carbonara
1 liter susu segar
1 tin cendawan butang (dihiris)
1 mangkuk daging kisar
Sedikit daun parsley, keju parmesan, lada hitam dan lada sulah

Cara penyediaan:
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  3. Kemudian masukkan daging kisar dan kacau hingga masak.
  4. Masukkan sos carbonara dan kacau bersama-sama daging tadi.
  5. Kemudian masukkan pula cendawan butang yang telah dihiris. Gaul sebati semua bahan.
  6. Setelah bahan nampak pekat, masukkan pula susu segar sedikit demi sedikit sampai berkirm. Kacau perlahan.
  7. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi sehingga masak.
  8. Taburkan daun parsley, keju parmesan, lada hitam dan lada sulah (jika suka) sebagai hiasan.
  9. Siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment