Hadiri kelas, training dan meeting yang diadakan syarikat dan team leader. Dengan menghadiri perjumpaan yang diadakan, kita akan mendapat info terkini tentang produk dan bisnes; berjumpa dengan team member yang lain dan berkongsi pelbagai maklumat.
Jangan bertangguh kerja! Apabila dapat info dan katalog baru setiap bulan, terus edarkan kepada pelanggan dan maklumkan kepada mereka tentang promosi terkini. Produk-produk promosi biasanya sangat laku dan habis cepat jadi apabila pelanggan kita dapat katalog lambat, mereka akan order lambat dan kemungkinan produk sudah pun habis. Ini menyebabkan pelanggan kecewa dan mungkin tidak akan berurusan dengan kita lagi.
Rancang jadual sales dan recruit anda. Mungkin anda boleh mengadakan party atau recruiting rally sebulan sekali di mana anda boleh membuat sales produk, menerangkan kebaikan dan faedah produk serta menerangkan panduan penggunaan produk secara terus kepada pelanggan. Apabila pelanggan mengetahui info yang sebelum ini mereka tidak tahu, pastinya mereka akan tertarik dan berminat untuk membeli atau menjadi ahli.
Jadilah kreatif dengan mempelbagaikan gaya promosi seperti membuat servis membalut hamper dan penghantaran hadiah hari lahir. Pelanggan adakalanya sibuk dan tiada masa melakukan sendiri maka kita boleh menawarkan servis sebegini untuk menjimatkan masa mereka.
Sentiasa bawa katalog di dalam beg sebab kita sangat memerlukannya. Adakalanya kita akan menerima panggilan telefon daripada pelanggan yang ingin bertanya tentang produk seperti saiz dan harga. Atau kita bertemu dengan prospek baru. Jadi dengan adanya katalog ini ia akan memudahkan kita untuk merujuknya.
No comments:
Post a Comment