Tuesday, February 28, 2012

Aku Dan Dia

Dulu, biasa-biasa saja tapi sekarang...
Setelah setahun bersama, aku akui sangat sayang padanya...

Ke mana-mana akan ku bawa dia bersama. Di mana-mana pun dia pasti ada. 

Aku sangat sayangkan dia. Setiap hari tak melihatnya, aku rasa tak keruan...

Impian ku untuk membina satu ruang khas untuknya supaya dia sentiasa terjaga dan terpelihara...

Dia...

*
*
*
*
*
*
*

Koleksi Tupperware ku...

*
*
*
*
*
*
*

Muahahaha.... Jangan marah haaaa.......

Wednesday, February 22, 2012

Sangat Bagus Dan Berkesan


Saya telah lama menggunakan produk Tupperware dan sentiasa menyokongnya. Ia tahan lama dan kualitinya terjamin. Saya sentiasa ternanti-nanti keluaran terkini kerana Tupperware sentiasa memperbaharui produknya dari segi warna dan design. Selain itu, saya juga mengambil Lacto Fiber dan ia terbukti berkesan. Tiada lagi masalah untuk membuang air besar, segalanya berjalan lancar dan teratur.

NORITA CHE KOB, AMPANG

Monday, February 20, 2012

Dua Minggu Lagi!


Ahad, 4 Mac 2012, 3.30 petang
*
*
*
*
*
Blok I, Taman Dato' Ahmad Razali
Ampang
*
*
*
*
*
PARTY TUPPERWARE...!!!!!

Demo produk
Hadiah
Makan
Hadiah
Games
Hadiah
Sembang-sembang
Hadiah

WOW...BANYAKNYA HADIAH!!!

Nak hadiah jugak?
Jom buat party...gerenti banyak hadiah...!!!!


Hubungi Azwa di 013-3351433.

Sunday, February 19, 2012

Happy Birthday Aunty Normah...


15 Feb 2012 haritu birthday Aunty Normah kawan baik ibu...
Happy birthday Aunty Normah!!!
Kami sekeluarga menghadiahkannya Fortune Gift Set ini...
Aunty Normah happy, kami pun happy!!!!


Saturday, February 18, 2012

Fruit Cocktail



Bahan-bahan:
1 tin mix fruit
1 tin susu cair
Air gula
1/2 cawan air
1 sudu teh esen vanila
1 tin aiskrim soda

Cara penyediaan:
- Campurkan kesemua bahan kecuali aiskrim soda
- Kacau sebati
- Sukatan air gula mengikut citarasa masing-masing
- Aiskrim soda ditambah semasa dihidang

Fruit cocktail ini enak dimakan pada waktu petang.

Wednesday, February 15, 2012

Perbaiki Imej Diri

Pernah tak anda rasa tidak bermaya semasa di tempat kerja? Atau kadang-kadang anda rasa bosan menjadi wanita kerjaya? Cuba lihat penampilan diri anda, mungkin ada sesuatu yang perlu anda perbaiki atau ubah…


Kalau sebelum ini anda tidak kisah memakai tudung yang tidak bergosok atau warna yang sama saja..atau masih tetap memakai kasut yang sudah kotor dan koyak…apakata anda ubah kebiasaan itu. Pilih warna dan corak tudung yang pelbagai dan gosok supaya kelihatan lebih kemas. Pakai dengan gaya yang berbeza dan tidak tetap pada satu gaya sahaja. Begitu juga kasut, belilah yang baru jika mampu.

 
Tukar gaya berpakaian anda. Jika selama ini anda asyik berbaju kurung saja, apakata anda kenakan blaus dan seluar panjang. Namun jika anda selesa berbaju kurung, tidak salah sekiranya anda berfesyen dengan kurung pesak gantung, kurung kedah atau kebarung. Ubah juga penampilan dan gaya berjalan sesuai dengan pakaian yang dipakai.

 
Tukar imej kusam kepada imej yang lebih kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan wajah dengan solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada baju dan tudung. Hias jari dengan sebentuk cincin sebagai penambah seri.


Usah terlalu pendiam atau terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika orang meminta pendapat dan bertanya sesuatu. Diam apabila orang berbicara isu-isu sensitif seperti hal politik dan lain-lain.