Tukar gaya berpakaian anda. Jika selama ini anda asyik berbaju kurung saja, apakata anda kenakan blaus dan seluar panjang. Namun jika anda selesa berbaju kurung, tidak salah sekiranya anda berfesyen dengan kurung pesak gantung, kurung kedah atau kebarung. Ubah juga penampilan dan gaya berjalan sesuai dengan pakaian yang dipakai.
Tukar imej kusam kepada imej yang lebih kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan wajah dengan solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada baju dan tudung. Hias jari dengan sebentuk cincin sebagai penambah seri.
Usah
terlalu pendiam atau terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringan mulut jika
orang meminta pendapat dan bertanya sesuatu. Diam apabila orang berbicara
isu-isu sensitif seperti hal politik dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment