Tuesday, July 3, 2012

Eco Green Day

5 Jun setiap tahun merupakan sambutan Hari Alam Sekitar seluruh dunia. Nur juga turut serta dalam menyokong acara ini. Pada tarikh tersebut, Nur dan team upline berada di Perodua Rawang bagi menjayakan program mereka di mana Perodua mengadakan pertandingan, ceramah dan jualan berkaitan alam sekitar dan keselamatan.


Semestinya produk Tupperware sangat mesra alam...Tupperware mengamalkan 5R. Apa tu? 5R ialah:

Refuse: 
Say NO to plastic bag -> use ECO bag
Katakan tidak kepada beg plastik -> gunalah beg ECO

Reuse: 
Reuse container and products whenever possible
Gunakan bekas dan produk berulang kali selagi boleh

Reduce: 
The usage of single-serve water bottle
Kurangkan penggunaan botol air pakai buang

Recycle: 
Choose product with recycle content
Pilih produk yang boleh dikitar semula

Repair: 
Repair your home appliance rather than replace it
Perbaiki peralatan rumah selagi boleh daripada menggantikannya terus


Wartawan alam sekitar, Dato' Karam Singh Walia pun ada..beliau bagi talk pasal alam sekitar kepada staf Perodua. Haa...kami juga turut menaja indoor gift kepada staf yang hadir talk ini tau...semua pun seronok je dapat gift Tupperware..


Pengalaman di Perodua sangat menarik dan kami gembira kerana dapat menyumbang untuk alam sekitar juga. Terima kasih kepada Perodua sebab memberi peluang ini kepada kami. Terima kasih juga kepada Datuk Aminar Rashid Salleh, Pengarah Urusan Perodua yang melawat booth kami.

No comments:

Post a Comment