Sunday, July 22, 2012

Keperluan Perniagaan

Dalam menjalankan bisnes Tupperware, kita perlu mempunyai sumber dan peralatan bagi melancarkan bisnes ni seperti:


Komputer/laptop + internet
Sebagai medium untuk kita mengemaskini maklumat di dalam blog, page dan website juga digunakan untuk kita berkomunikasi dengan pelanggan dan business partner. Selain itu, kita dapat membuat rujukan dan menyemak maklumat terkini di website syarikat.

Telefon/handphone
Kita perlu ada telefon/handphone bagi memudahkan komunikasi segera dengan pelanggan dan business partner. Pastikan bateri sentiasa full dan kredit mencukupi. Lebih baik lagi guna je postpaid, tak payah risau nak top-up laa..tak de kredit laa..



Buku nota dan alatulis
Buku nota ni untuk kita menulis apa-apa catatan tentang bisnes. Perlu juga ada buku order untuk merekodkan oder pelanggan. Alatulis yang perlu ada ialah seperti pen, kalkulator dan juga kalendar supaya senang kita block tarikh appoitnment atau semak event akan datang.


Bahan bacaan
Bacalah pelbagai buku dan artikel bagi membantu kita menambahbaik servis yang diberikan selain daripada menambah ilmu dalam bisnes.


Katalog + borang
Sentiasa bawak katalog dan borang dalam beg. Haa...sebab tu lah saya bawak beg besar..hehehe...kadang-kadang orang telefon tak tentu masa dan kadang-kadang ada yang nak mendaftar keahlian. Jadi bila borang sentiasa ada, kan senang terus recruit.




Notice board/white board
Tampal apa-apa pesanan di notice board atau tulis event akan datang di white board sebagai peringatan.


Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment