Pelbagai acara menarik yang akan diadakan antaranya Bengkel Asas Perancangan Perniagaan, Bengkel Perniagaan Online, pameran dari agensi kerajaan seperti AADK, taklimat pinjaman perniagaan serta kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.
Selain itu, terdapat juga gerai jualan dan pameran yang disertai oleh usahawan muda dari kawasan Ampang. Antara produk yang akan dijual ialah pakaian, makanan, minuman, tudung, barangan kraf dan aksesori. Nur & Tupperware juga akan berada di sana.
Jom beramai-ramai memeriahkan karnival ini. Dapatkan produk-produk pada harga yang berpatutan di samping membantu ekonomi usahawan muda.

No comments:
Post a Comment