Monday, July 22, 2013

Dapur Panas

Setiap kali bulan Ramadhan, stesyen TV pastinya akan menayangkan program masakan sama ada menu berbuka puasa atau menu biskut raya.

Salah satu program masakan ini ialah Dapur Panas yang ditayangkan pada setiap hari Ahad jam 6.30 petang di TV3. Pengacara program ini ialah Neelofa dan Chef Nik Michael Imran. Mereka berdua menyediakan masakan berbuka puasa untuk parajurit tanahair seperti tentera udara dan tentera laut.

Nur bukan nak cerita pasal program ni sangat cuma nak bagitahu yang Tupperware Brands merupakan salah satu penaja dalam program ni... Jika anda menonton episod 2 pada 21 Julai 2013 yang lepas, anda akan dapat melihat Chef Nik menggunakan Season Serve untuk memerap daging batang pinang dengan rempah dan kunyit untuk resepi pertamanya iaitu Daging Bakar Air Asam.

Sumber foto: Facebook TV3Malaysia

Dalam resepi kedua pula iaitu Pulut Mangga, Chef Nik menggunakan Steam It yang diletakkan di dalam Inspire Stock Pot bagi mengukus beras pulut. Hasilnya, kedua-dua resepi dapat dimasak dengan lazatnya...

Sesiapa yang nak beli produk diatas: Season Serve, Steam It atau Set Memasak Inspire, bolehla roger-roger Nur ye.... 013-3351433 (Azwa)

No comments:

Post a Comment