Nur ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada pelanggan yang dikasihi. Nur minta maaf jika ada salah silap sepanjang kita berurusan.
Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan lapang. Berikut ialah amal ibadah yang dapat kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan:
- Solat sunat Tarawih.
- Solat-solat sunat yang lain seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud.
- Bersedekah.
- Memberikan hidangan berbuka puasa.
- Memperbanyakkan membaca Tahlil, Syahadah, berzikir, Tasbih dan sebagainya.
- Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat memohon keampunan ALLAH SWT.
- Memperbanyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan daripada azab neraka.
- Memperbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
- Meninggalkan dan menjauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk perbuatan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah, berbohong dan sebagainya.
Sekali lagi, selamat berpuasa dan menunaikan amal ibadah seikhlasnya...
No comments:
Post a Comment