Tuesday, July 26, 2011

Sambutan Hari Lahir

Kejutan hari lahir buat ibu tersayang pada hari Khamis lepas, 21 Julai 2011.

Hadiah dari saya ialah 'Cake Gift Set'..sedap sungguh kek blackforest dan lemon blackcurrant itu...ha3..buat apa simpan-simpan..makan terus la kan..


Tengok tu...B2B Slice & Stor pun ada...ooppss..maaf..sambutan kecil-kecilan saja..jadi tak banyak Tupperware dan makanan yang dijamu...cukupla dua produk ni sebagai promosi..he3...


Sempat jugak promosi Tupperware kepada adik-adik Perodua ni...mana la tau ada yang berkenan..mungkin ada jugak yang berminat dengan bisnes ini...siapa tahu kan?

Monday, July 25, 2011

Apa Impian Anda?

Adakah anda mengimpikan...
  • Kediaman yang lebih selesa?
  • Lebihan wang tunai dalam tangan?
  • Dana pendidikan bagi anak-anak?
  • Dana persaraan yang kukuh?
  • Perniagaan yang selamat?
  • Kereta baru dan mewah?
  • Gaya hidup yang lebih baik?
  • Percutian yang indah dan bermakna?

Apapun jua impian anda, tukarkannya kepada realiti.  Anda mampu melakukannya dengan membuat pilihan yang tepat melainkan jika anda adalah seorang yang tidak tahu melihat peluang yang telah terbentang di depan mata.

Bayangkan…
  • Waktu kerja yang fleksibel mengikut kehendak anda
  • Cara-cara untuk menjana pendapatan sehingga 5 angka
  • Percutian mewah dan semua perbelanjaan ditanggung
  • Program latihan yang menarik
  • Anugerah pengiktirafan
  • Sokongan daripada upline berpengalaman
  • Peluang untuk naik pangkat

Dengan Tupperware Brands, anda amat beruntung kerana wujudnya pelan yang telah diuji dan terbukti serta mampu mengubah impian anda itu menjadi kenyataan.  Tupperware Brands adalah jenama yang teguh dan kukuh dengan pengeluaran produk yang berkualiti dan dipercayai di seluruh dunia.

Apa yang anda perlukan hanyalah impian, keinginan dan kesungguhan untuk berjaya!

Untuk maklumat lanjut, hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com.

Thursday, July 14, 2011

Katalog 5/2011 - Ramadhan Greetings



Cake Gift Set comprises:
- Small Goody Box with Cariolier (2) 
    [size: 19.1cm (L) x 16.3cm (W) x 5.8cm (H)]
- Lemon Blackcurrant Cake (1) 300gram
- Blackforest Cake (1) 300gram
- Sleeve

RM60.00 per set
PROMO: Buy 3 get 1 FREE 
*while stock last


Kurma Gift Set comprises:
- Elegant Large Square (2) 800ml
    [size: 9.9cm (L) x 9.9cm (W) x 13.4cm (H)]
- Kurma (2) 250gram
- Gift Box 
RM53.90 per set
 

Elegant Small Square (4) 510ml:
    [size: 9.9cm (L) x 9.9cm (W) x 8.8cm (H)]
 RM54.90 per set



Salam Aidilfitri One Touch Set comprises:
- OT Topper Medium with prints (4) 1.4l
    [size: 17.0cm (D) x 9.2cm (H)]
- OT Canister Medium with prints (2) 3.0l
   [size: 17.0cm (D) x 19.2cm (H)]
RM148.00 per set

Tall Canister (1) 10l:
    [size: 26.0cm (D) x 31.0cm (H)]
RM55.90 per unit

Monday, July 11, 2011

Terima Kasih!

Alhamdulillah...party Tupperware Sabtu lepas berjalan lancar walaupun terdapat beberapa halangan...Lebih kurang 16 orang yang hadir mendengar penerangan produk dan melihat demo membuat piza.  Sales yang berjaya dibuat adalah dalam RM500.00.

Abang Saleh memberi penerangan tentang produk kepada mereka yang hadir.

Demo membuat piza.

Sedang melihat-lihat katalog dan mengambil order.

Antara mereka yang hadir memberi sokongan.  
TERIMA KASIH SEMUA!!!


Dan daripada sales party ni, saya dapat ini...percuma!!!
*
*
*

Bestnya...!!!
Jika anda mahu barangan percuma daripada Tupperware, apalagi....anjurkan party di tempat anda dan dapatkan sales...
Berbaloi baloi!!!!

Wednesday, July 6, 2011

Party Tupperware Di Ampang


Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu)
Jam: 3.00 pm - 6.00 pm
Lokasi: Hall/Tempat Letak Motor, Blok A, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang
Penganjur: Azwa

Acara:
Demo membuat piza
Games & Gift
Penerangan produk

Liputan:
Wartawan KOSMO! akan hadir membuat liputan untuk dimuatkan dalam akhbar mereka

JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN PARTY INI!!!

Saturday, July 2, 2011

Info Berguna

Sabtu lepas masa saya pergi party Tupperware di rumah Nida, saya berpeluang berkongsi info yang sangat berguna dengan upline saya, Abang Salleh.

Baru saya tahu kegunaan setiap produk tu untuk apa...bukan main redah je guna...contohnya FreezerMate untuk simpan bahan masakan dalam freezer bukan untuk simpan biskut!

Pastu, dapat tahu gak kenapa design Tupperware ni lain-lain...bukan saja-saja design tapi ada la fungsinya. Tahu gak cara-cara penjagaannya, tahu jugak macam mana business plannya dan tahu jugak apa yang akan saya dapat dari bisnes ni...

Wah...memang seronok sangat tambahan pulak Abang Salleh tak kedekut ilmu..TQ Sir!!!

Sekarang ni saya tengah plan nak buat party Tupperware di rumah pulak...TUNGGU!!!!

Friday, July 1, 2011

Menyimpan Produk Tupperware

Produk Tupperware perlu disimpan dengan baik bagi menjaga kualitinya.

  • Selepas dibersihkan, keringkan bekas dengan tisu atau tuala lembut
  • Simpan ditempat kering - rak atau almari
  • Pastikan bekas dan penutup disimpan berasingan terutama jika menyimpan bagi tempoh yang lama atau jarang guna bekas
  • Jangan tutup bekas jika disimpan bagi tempoh yang lama kerana penutup boleh mereput dengan sendiri disebabkan udara yang terhasil dalam bekas
  • Jangan simpan berhampiran dengan benda tajam seperti pisau bagi mengelakkan kesan calar

Tuesday, June 28, 2011

Kosmo, Selasa, 28 Jun 2011

Tupperware hasilkan produk yang lebih selamat dan mesra alam.

Membersihkan Produk Tupperware

Berikut ialah cara-cara untuk membersihkan dan menjaga produk Tupperware

  • Gunakan air suam/sejuk dan sponge lembut semasa mencuci bekas
  • Jangan gunakan sponge kasar kerana ia boleh mencalarkan bekas
  • Sebaiknya gunakan cecair pencuci (liquid detergent) bukannya pes pencuci (dishwashing paste) kerana kadangkala terdapat butiran kasar di dalam kandungan pes yang boleh mencalarkan bekas
  • Keringkan dengan tisu/tuala lembut atau biarkan kering sendiri
  • Jika ada kesan kotoran seperti kesan kuah kari, gunakan serbuk baking soda untuk menghilangkannya dengan membiarkan baking soda di dalam bekas semalaman. Cuci bersih-bersih keesokannya.

Wednesday, June 22, 2011

Party Tupperware Di Cheras

Jom ke party Tupperware!!!

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Jam: 4.00 pm - 6.00 pm
Lokasi: No.4, Jalan Suakasih 2/1A, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras
Penganjur: Nida

Acara:
Recognition
Games
Product Demo