Tuesday, June 11, 2013

Karnival Kerjaya & Keusahawan Ampang

Karnival Kerjaya & Keusahawan Ampang akan diadakan pada 23 Jun 2013 di Bangunan UMNO Ampang dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Karnival ini adalah anjuran Persatuan Melayu Ampang Selangor dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Ampang dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Hulu Langat/Gombak.

Pelbagai acara menarik yang akan diadakan antaranya Bengkel Asas Perancangan Perniagaan, Bengkel Perniagaan Online,  pameran dari agensi kerajaan seperti AADK, taklimat pinjaman perniagaan serta kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, terdapat juga gerai jualan dan pameran yang disertai oleh usahawan muda dari kawasan Ampang. Antara produk yang akan dijual ialah pakaian, makanan, minuman, tudung, barangan kraf dan aksesori. Nur & Tupperware juga akan berada di sana.

Jom beramai-ramai memeriahkan karnival ini. Dapatkan produk-produk pada harga yang berpatutan di samping membantu ekonomi usahawan muda.

Tuesday, May 28, 2013

Monsters University

Monsters University sebuah filem 3D keluaran Pixar Animation Studios dan edaran Walt Disney Pictures akan menemui anda di pawagam pada 21 Jun 2013.

"Mike" 17 tahun tidak sabar-sabar untuk memulakan harinya di kolej di mana dia mengkhusus dalam bidang 'menakutkan'. Di sini dia mempunyai pesaing iaitu "Sulley" 18 tahun yang mengkhusus dalam bidang yang sama. Namun akhirnya pengalaman yang mereka lalui bersama menjadikan mereka kawan baik.

foto: wikipedia

Adakah anda peminat "Mike" dan "Sulley"? Jika ya, pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti tayangan filem animasi ini. Anda juga boleh mendapatkan Monster Inc. Lunch Set keluaran Tupperware dari kami.

Monster Inc. Mike Lunch Set (RM48.90)
- Mike Tumbler (1) 470ml
- Mike Bento Box (1) 560 ml


Monster Inc. Sulley Lunch Set (RM48.90)
- Sulley Tumbler (1) 470ml
- Sulley Bento Box (1) 560 ml

ATAU dapatkan kedua-dua set dan jimat 10%...


*Selagi stok masih ada.

Sunday, May 19, 2013

Lebih Penjimatan Dengan Set Eksklusif



Hanya dengan RM280.00 sahaja anda dapat menjadi ahli dan memiliki set Tupperware:

1) "Treasure Box" bernilai RM364.00

ATAU

2) "Wellness Pack" bernilai RM348.00


Anda hanya membayar:
RM210.00 untuk set tersebut
+
RM70.00 yuran keahlian seumur hidup
=
RM280.00

Jimat kan?

Tunggu apa lagi? 
Hubungi saya sekarang untuk pendaftaran:

Azwa
013-3351433
nurdantupperware@yahoo.com

Friday, May 3, 2013

Mei Yang Dinanti


Apa yang menarik dalam bulan Mei?

Hari Pekerja          Hari Ibu          Hari Jururawat          Hari Guru          Hari Lahir          Kenduri Kahwin


Wahhh...banyakkan sambutan...
Apa kata anda hadiahkan Tupperware buat insan tersayang...
Pasti mereka tersenyum riang...

(>____<)

Pelancaran Media: Twinkle Tup

Pada 27 Mac 2013 yang lalu, Tupperware telah melancarkan produk terbarunya iaitu TwinkleTup.

Terdapat dua set di bawah produk TwinkleTup iaitu Twinkle Totz Set untuk bayi berumur 6 hingga 18 bulan dan Twinkle Kidz Set untuk bayi berumur 18 hingga 36 bulan.

Berita mengenai pelancaran tersebut dimuatkan dalam The Star (Jumaat, 5 April 2013) dan turut disiarkan di dalam rancangan Nona (Ahad, 14 April 2013).



(sumber foto: Facebook Tupperware Brands Malaysia)

Thursday, April 11, 2013

Ice Ice Baby...

Selain daripada menyimpan frozen food, ikan, daging and so on...freezermate juga boleh digunakan untuk membuat ais...jadi anda tak perlu risau bekalan ais tak cukup dan terkejar-kejar pergi kedai nak beli ais!

Dengan freezermate, semuanya jadi mudah!


Uuuu...sedapnya..ice ice baby...

Monday, April 8, 2013

Katalog 3/2013 - Growing With You

[1 April - 11 Mei 2013]














Twinkle Tup Untuk Si Comel Anda!

Tupperware telah mengeluarkan produk khas untuk kanak-kanak iaitu peralatan hidangan Twinkle Tup. Warna-warna ceria dan reka bentuk nya pasti menarik minat setiap kanak-kanak.

Tekstur dan bentuk ergonomik peralatan ini membolehkan mereka memegangnya dengan jari atau menggenggam dengan tangan. Penggunaan peralatan hidangan berkualiti tinggi dan selamat ini dapat membantu menambah keyakinan diri serta melatih kemahiran mereka dalam menguruskan diri sendiri.


Apa Nak Pakai Ni?

Pernah tak anda rasa bosan, balik-balik pakai baju warna yang sama je bila ke pejabat atau kelas?

Apa kata anda cuba tetapkan warna pada hari-hari tertentu. Hari anda juga akan lebih ceria mengikut warna baju anda!


Isnin
biru / hijau

Selasa
kuning / oren

Rabu
merah / coklat

Khamis
purple / pink

Jumaat
hitam / kelabu

Selamat mencuba!!