Tuesday, February 14, 2012

Katalog 2/2012 - Refreshingly Cool

Tempoh: 13 Februari - 31 Mac 2012


Maaf, ada problem sikit, tak dapat nak upload foto di blog. Sila klik sini untuk view katalog.

Untuk info penuh tentang produk, boleh sms atau emel nama penuh dan alamat untuk penghantaran katalog.

Sms: 013-3351433
Emel: nurdantupperware@yahoo.com

Friday, February 3, 2012

Penghantaran Hadiah

 
Ingin menghadiahkan insan tersayang sesuatu yang istimewa?
Kami cadangkan anda hadiahkan rangkaian produk Tupperware.
Kami menawarkan servis pembungkusan hadiah dan pengeposan bagi pihak anda. 
Percuma - Handmade Greeting Card.

Hubungi Azwa untuk maklumat lanjut.
013-3351433 atau nurdantupperware@yahoo.com


Tuesday, January 31, 2012

Easy Storage with Square Round

Tempoh: 1 Februari - 31 Mac 2012


Beli  SATU set Square Round Collection,
diskaun 20%

Beli DUA set Square Round Collection,
diskaun 20% DAN
percuma Mini Square-A-Way DUA set

Cepat order sementara stok masih ada!!!

Hubungi Azwa, 013-3351433

Sunday, January 29, 2012

Tutupkan Dengan Betul

Produk Tupperware direka dengan fungsi khusus bagi setiap produk, oleh itu, adalah penting untuk kita memahami ciri-ciri setiap produk termasuklah pelbagai cara untuk membuka dan menutup penutup Tupperware agar makanan tahan dan kekal segar lebih lama.

1) Oval Seal
- Untuk menutupnya, letakkan penutup diatas bekas, pastikan bucu kedua-dua penjuru selari dengan bahagian timbul pada bekas, kemudian tekan kedua-dua belah penutup sehingga mendengar bunyi.
- Untuk membukanya, tarik penutup dari bucu satu persatu.

2) One Touch Seal
- Untuk menutupnya, letak penutup diatas bekas dan tekan pada bahagian tengah dengan ibu jari sehingga mendengar bunyi.
- Untuk membukanya, tekan bahagian tengah dengan ibu jari atau tapak tangan sambil menarik bahagian sisi penutup.

3) Classic Round Seal
- Untuk menutupnya, tekan mana-mana bahagian sisi penutup menggunakan kedua-dua ibu jari. Kemudian tekan sekeliling bahagian sisi sehingga tertutup rapat/kemas. Tekan pada bahagian tengah penutup dan angkat sedikit bahagian tepi untuk mengeluarkan angin sebelum menutupnya semula.
- Untuk membukanya, pegang hujung penutup dan tarik sepenuhnya.

4) Square Round, Rectangular & Square Seal
- Untuk menutupnya, letakkan penutup pada bekas dan tekan pada mana-mana penjuru. Tekan sepanjang sisi penutup menggunakan ibu jari sehingga sampai penjuru yang bertentangan.
- Untuk membukanya, tarik penutup dari bahagian penjuru dan buka sepenuhnya.

NOTA: Panduan  bergambar boleh didapati di dalam Product Guide, hubungi saya untuk mendapatkannya.

Tuesday, January 24, 2012

CNY Prosperity Draw

Tempoh: 25 Januari - 12 Februari 2012 

Hadiah Dengan Tupperware

Saya tahu anda suka bila dapat hadiah...siapa yang tak suka kan? Saya pun suka jugak...Dengan Tupperware, macam-macam hadiah anda boleh dapat seperti produk Tupperware, voucher, handbag dan banyak lagi.  Haa...antara cara-cara nak dapatkan hadiah yang menarik ini ialah:

- Jadi ahli Tupperware. Dengan mendaftar keahlian, anda akan dapat starter kit dan di dalam kit ini ada hadiah daripada Tupperware untuk anda. Selain itu, anda juga akan dapat hadiah daripada saya (jika anda mendaftar dengan saya lah...).

- Jadi host party Tupperware. Anjurkan party Tupperware di tempat anda (rumah/dewan/rumah emak etc) dan ajak kenalan anda seramai mungkin. Sebagai host dan tuan rumah, anda akan mendapat hadiah. Kawan-kawan anda yang datang pun dapat hadiah jugak...

- Sahut challenge yang diberi. Setiap bulan, HQ akan bagi challenge kepada semua ahlinya. Contohnya, '..dengan pembelian minimum RM500.00 anda akan dapat gift..'.

- Lucky draw. Haa...rajin-rajinlah hadir meeting dan event yang dianjurkan Tupperware seperti Product Fair, training, Recognition Rally, meeting di BCO etc sebab confirm ada lucky draw masa event ni...

- Door gift. Masa Product Fair dan Recognition Rally pasti ada door gift. Anda boleh dapat produk Tupperware dan voucher tunai. Best kan?

- Beli produk promosi. Setiap bulan pasti ada promosi dalam katalog contohnya 'beli 6 set MM Mini Rectangular percuma 2 set MM Rectangular'. Jadi anda dah jimat kat sini sebab dapat free gift! Untunglaa....

Macamana...best tak? Mestilah best kan...
Anda nak hadiah daripada Tupperware? Jadilah sebahagian daripada team Nur & Tupperware sekarang. Hubungi saya di 013-3351433 atau emel di nurdantupperware@yahoo.com.

Saturday, January 21, 2012

Anda Mampu Mengatasinya!

Apabila anda mahukan sesuatu, 
pastinya anda akan berbuat apa saja untuk mendapatkannya bukan?
Ya...teruskan usaha dan tekad anda! 
Kejayaan tidak datang dengan sendirinya. 
Banyak rintangan dan cabaran yang perlu dilalui.
Jika anda konsisten berusaha dan tidak putus asa, 
kejayaan itu pasti menjadi milik anda...!!!