Wednesday, December 28, 2011

Gerak Kerja Dalam Tupperware

Dalam bisnes MLM, ada beberapa gerak kerja yang boleh diikuti dan ia dapat membantu anda mencapai kejayaan.


1. Guna produk
Semua konsultan wajib menggunakan produk Tupperware kerana apabila anda menggunakannya anda akan YAKIN dengan kelebihannya; anda dapat KENAL produk ini luar dan dalam seterusnya dapat meyakinkan pelanggan anda.

Contohnya apabila anda menggunakan set Freeze N Chill, anda tentunya lebih yakin untuk berkongsi kelebihan set ini dengan pelanggan anda.

2. Hadir kelas dan meeting
Kehadiran anda ke kelas, meeting dan program yang dianjurkan syarikat adalah penting kerana inilah tempat pertemuan diantara ahli pasukan, konsultan baru dan lama. Dengan menghadiri program sebegini, anda akan dapat:
- berkongsi ilmu, pengetahuan dan kemahiran dengan mereka yang telah berjaya
- meningkatkan keyakinan dan motivasi diri
- mengembangkan jaringan dan menambah kenalan
- mengetahui maklumat terkini tentang bisnes dan produk

3. Jual produk
Jual beli adalah asas dalam semua perniagaan di mana ia adalah proses menggerakkan produk dari syarikat kepada pengguna dengan tujuan mendapat keuntungan. Dalam MLM, mulut kita adalah kedai jadi jika kita tak buka mulut...pengguna takkan tahu produk yang kita jual.

4. Bina jaringan
Membina jaringan adalah proses menawarkan peluang perniagaan kepada seseorang dengan tujuan mendapatkan rakan kongsi. Anda boleh memulakannya dengan ahli keluarga, rakan-rakan seterusnya pelanggan anda. Dengan ini, perniagaan akan dapat berkembang dan pertambahan bonus/komisyen akan berlaku seiring dengan penambahan jaringan.

5. Bimbing jaringan/downline
Tugasan pemimpin/upline ialah membimbing dan membantu downline/jaringannya dengan penuh tanggungjawab dan kesabaran yang tinggi kerana mereka sudah tentunya banyak kekurangan. Mereka perlu dibantu dan disokong hingga beroleh kejayaan. Downline yang tidak dibantu dan ditinggalkan oleh upline biasanya tidak akan meneruskan perniagaannya kerana merasakan dirinya tidak penting dan hanya dipergunakan sahaja.

6. Servis
Servis yang baik perlu diberi kepada pelanggan seperti khidmat nasihat, penerangan produk, penghantaran produk dan follow up. Konsultan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat perkara ini akan menyebabkan pelanggan kecewa dan tidak mempercayai konsultan dan syarikat lagi. Oleh itu, konsultan perlu sentiasa pelajari dan praktikkan amalan memberi servis yang baik kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment