Friday, June 13, 2014

Info Produk: Rice Dispenser


 [foto dari: http://www.tupperwarebrands.com.my]

Tupperware Rice Dispenser diinspirasikan daripada makanan ruji penduduk Asia iaitu beras. Kebiasaannya beras disimpan di dalam tempayan atau bekas besar dan diceduk menggunakan cawan. Tangan yang lembap dan bekas yang sentiasa dibuka tutup boleh menyebabkan beras terdedah kepada udara dan dijangkiti kutu beras. Apabila beras baru ditambah, beras lama akan kekal di bahagian bawah bekas.

Dengan adanya Tupperware Rice Dispenser ini, masalah di atas dapat diselesaikan.
  • Laci unik yang direka untuk memuatkan 150 gram beras (1 cawan) dengan hanya satu gelungsur sahaja
  • Kebersihan terjamin dan dapat mengelakkan pencemaran daripada tangan
  • Konsep "Masuk Dulu Keluar Dulu" mengekalkan kesegaran beras
  • Memuatkan sehingga 10.5kg beras
  • Sesuai diletakkan di kabinet dapur kerana saiznya yang praktikal
  • Warnanya padan dengan apa sahaja hiasan dapur
  1. Konsep "Masuk Dulu Keluar Dulu". Beras diisi dari atas bagi memastikan beras lama digunakan dahulu.
  2. Tingkap tembus-pandang bagi menunjukkan paras beras yang tinggal.
  3. Bekas laci cukup untuk memuatkan 150gram beras (1 cawan).
  4. Asas getah yang tak mudah gelincir dan tak mudah dimasuki air. Komponen mudah buka untuk dibersihkan.
Harga seunit: RM288.00
Muatan: 10.5kg
Saiz: 26.9cm (L) x 26.9cm (W) x 34.9cm (H)

(maklumat adalah benar pada tarikh dikemaskini, 27 Februari 2012)

No comments:

Post a Comment