Thursday, June 26, 2014

Info Produk: One Touch


Rekaan One Touch sesuai bagi menyimpan makanan kering seperti kekacang, kerepek dan biskut. Saiznya yang pelbagai boleh memuatkan segala bentuk makanan dan amat praktikal.


  1. Tekan di bahagian tengah dan tarik penutup untuk membukanya. Bagi menutupnya pula, tekan di bahagian tengah sehingga kedengaran bunyi seperti 'klik'.
  2. Bekas boleh dimasukkan ke dalam satu sama lain untuk disimpan jika tidak digunakan.
  3. Menjimatkan ruang simpanan di mana bekas-bekas ini boleh disusun dan ditindan.
  4. Penutupnya yang kedap air dan kedap udara dapat mengekalkan kerangupan makanan dan jika diisi air, tidak tumpah.



Tuesday, June 24, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum semua...


Nur ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435H kepada semua pembaca blog ini khususnya kepada pelanggan yang dikasihi. Nur minta maaf jika ada salah silap sepanjang kita berurusan.

Semoga anda semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan hati yang tenang dan lapang. Berikut ialah amal ibadah yang dapat kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan:

  1. Solat sunat Tarawih.
  2. Solat-solat sunat yang lain seperti Dhuha, Taubat, Tahajjud.
  3. Bersedekah.
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
  5. Memperbanyakkan membaca Tahlil, Syahadah, berzikir, Tasbih dan sebagainya.
  6. Memperbanyakkan Istighfar dan bertaubat memohon keampunan ALLAH SWT.
  7. Memperbanyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan daripada azab neraka.
  8. Memperbanyakkan bersabar kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Meninggalkan dan menjauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk perbuatan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah, berbohong dan sebagainya.

Sekali lagi, selamat berpuasa dan menunaikan amal ibadah seikhlasnya...

Info Produk: FreezerMate


Kekalkan kesegaran makanan di dalam freezer dengan FreezerMate!!!


FreezerMate direka untuk menyimpan makanan mentah, sejuk beku di bahagian freezer atau peti ais. Freezer yang diisi penuh bertindak lebih efektif berbanding freezer yang separuh penuh. Oleh itu, manfaatkan penggunaan freezer dengan sebaik mungkin.

Ciri-ciri


  1. Tetingkap yang jelas bagi melihat kandungan di dalam bekas
  2. Telangkupkan bekas untuk mengeluarkan kandungan
  3. Tab yang fleksibel bagi memudahkan bukaan
  4. Saiz yang pelbagai memastikan makanan yang dibekukan mengikut kuantiti yang diperlukan
  5. Penunjuk aras makanan memberi ruang nafas dan pengembangan apabila makanan dibekukan
Saiz dan Harga


1. FreezerMate Starter Set [RM105.00]

a) FreezerMate Small I (2) 250ml
14.3cm (L) x 11.0cm (W) x 3.9cm (H)

b) FreezerMate Small II (2) 650ml
14.3cm (L) x 11.0cm (W) x 7.7cm (H)

c) FreezerMate Small III (2) 1L
14.3cm (L) x 11.0cm (W) x 11.5cm (H)


2. FreezerMate Medium Set [RM154.30]

a) FreezerMate Medium I (3) 550ml
22.5cm (L) x 14.9cm (W) x 3.9cm (H)

b) FreezerMate Medium II (2) 1.5L
22.5cm (L) x 14.9cm (W) x 7.7cm (H)

c) FreezerMate Medium lll (1) 2.3L
22.7cm (L) x 15.1cm (W) x 11.4cm (H) 


3. FreezerMate Essential Set [RM193.00]

a) FreezerMate Small II (2) 650ml
14.3cm (L) x 11.0cm (W) x 7.7cm (H)

b) FreezerMate Medium I (1) 550ml
22.5cm (L) x 14.9cm (W) x 3.9cm (H)

c) FreezerMate Medium II (2) 1.5L
22.5cm (L) x 14.9cm (W) x 7.7cm (H)

d) FreezerMate Medium III (1) 2.3L
22.7cm (L) x 15.1cm (W) x 11.4cm (H)

e) FreezerMate Large II (1) 3.1L
30.0cm (L) x 22.5cm (W) x 7.7cm (H) 

[foto dari: http://www.tupperwarebrands.com.my]


Friday, June 13, 2014

Info Produk: BB Cream

Blemish Balm Cream atau BB Cream Nutrimetics didatangkan dalam tiga rona iaitu pink, medium dan light. Krim ini dirumus khas untuk meratakan tona kulit serta mencerahkan bintik hitam, tanda dan parut pada kulit. Krim 8 dalam 1 ini juga bertindak sebagai:

1- Bedak asas - Adun dengan sempurna pada wajah dan ia bertindak sebagai penutup cela yang terbaik supaya wajah cerah berseri sepanjang hari.

2- Pelindung dari sinar UV - Mengandungi SPF 42/PA+++ yang melindungi kulit wajah dari sinaran UVA dan UVB.

3- Pelembab - Mengandungi ekstrak alga yang bertindak mengimbangi kadar lembapan kulit serta minyak biji jojoba dan minyak macademia yang membekalkan hidrasi berpanjangan. Ia turut menggebukan kulit.

4- Pencerah - Mengandungi arbutin yang membantu mencegah pembentukan melanin iaitu sel yang membentuk jeragat.

5- Concealer - Bertindak memudarkan lingkaran gelap bawah mata, jerawat, jeragat, parut jerawat dan ketidakseimbangan tona kulit.

6- Asas pemulihan - Bertindak melicinkan tona kulit yang tidak sekata dan menutup liang roma yang terbuka.

7- Anti kedutan - Menegangkan kulit kendur dan membina semula kolagen.

8- Anti radang - Ekstrak chamomile dan rose hip oil membantu melindungi, memulih dan menenangkan kulit sensitif.



BB Blemish Balm Cream SPF42 PA+++
RM59.00
30ml
(Rona: Light, Medium & Pink)



(maklumat adalah benar pada tarikh dikemaskini, 14 Februari 2013)

Info Produk: Rice Dispenser


 [foto dari: http://www.tupperwarebrands.com.my]

Tupperware Rice Dispenser diinspirasikan daripada makanan ruji penduduk Asia iaitu beras. Kebiasaannya beras disimpan di dalam tempayan atau bekas besar dan diceduk menggunakan cawan. Tangan yang lembap dan bekas yang sentiasa dibuka tutup boleh menyebabkan beras terdedah kepada udara dan dijangkiti kutu beras. Apabila beras baru ditambah, beras lama akan kekal di bahagian bawah bekas.

Dengan adanya Tupperware Rice Dispenser ini, masalah di atas dapat diselesaikan.
  • Laci unik yang direka untuk memuatkan 150 gram beras (1 cawan) dengan hanya satu gelungsur sahaja
  • Kebersihan terjamin dan dapat mengelakkan pencemaran daripada tangan
  • Konsep "Masuk Dulu Keluar Dulu" mengekalkan kesegaran beras
  • Memuatkan sehingga 10.5kg beras
  • Sesuai diletakkan di kabinet dapur kerana saiznya yang praktikal
  • Warnanya padan dengan apa sahaja hiasan dapur
  1. Konsep "Masuk Dulu Keluar Dulu". Beras diisi dari atas bagi memastikan beras lama digunakan dahulu.
  2. Tingkap tembus-pandang bagi menunjukkan paras beras yang tinggal.
  3. Bekas laci cukup untuk memuatkan 150gram beras (1 cawan).
  4. Asas getah yang tak mudah gelincir dan tak mudah dimasuki air. Komponen mudah buka untuk dibersihkan.
Harga seunit: RM288.00
Muatan: 10.5kg
Saiz: 26.9cm (L) x 26.9cm (W) x 34.9cm (H)

(maklumat adalah benar pada tarikh dikemaskini, 27 Februari 2012)

Tuesday, June 3, 2014

Info Produk: Ginger Set



Produk penjagaan diri Ginger ini terdiri daripada:
  1. Ginger Shower Milk Scrub >> Krim skrub yang diperkaya dengan Vitamin A, D & E ini bertindak mencerah, menghalus dan melembapkan kulit supaya kelihatan licin dan gebu. Ianya tidak melekit dan sangat melegakan. Sesuai digunakan setiap hari.
  2. Ginger Body Cream >>  Krim pelbagai guna dengan ekstrak lada benggala dan halia ini membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit-sakit sendi, membakar lemak dan dapat memanaskan tubuh.
  3. Ginger Baby Oil  >>  Minyak pati dengan Vitamin A, D & E ini dirumus khas untuk muka dan badan. Ia membekalkan khasiat kepada kulit, dapat menyembuhkan luka, jerawat dan kesan regangan dengan berkesan serta merangsang sintesis kolagen pada tubuh.
  4. Ginger Plus Virgin Coconut Oil 2 in 1 Hair Shampoo & Conditioner >>  Formula syampu dan perapi 2 dalam 1 ini mengandungi khasiat terapeutik pati halia dan minyak kelapa dara. Ia dapat melegakan kulit kepala, menjadikan rambut sihat dan lembut serta mengaktifkan rambut kusam dan tidak bermaya.
  5. Ginger Plus Virgin Coconut Oil Hair Serum  >>  Serum ini dapat melembutkan semula rambut yang kering, kusut dan rosak. Ia juga dapat mengembalikan kehalusan tekstur rambut agar lebih lembut, ikal dan mudah diurus.
Harga

Ginger Body Wash
RM31.00 (500ml)

Ginger Shower Milk Scrub
RM25.00 (150ml)

Ginger Body Cream
RM29.00 (150ml)

Ginger Bio Oil
RM36.00 (120ml)

Ginger Plus Virgin Coconut Oil 2 in 1 Hair Shampoo
RM22.00 (250ml)

Ginger Plus Virgin Coconut Oil Hair Serum
RM33.00 (40ml)

Kempen Jun/2014 - Prepare For A Celebration

[1 Jun - 30 June 2014]