Thursday, December 1, 2011

Misi Saya...

Sejak setahun yang lalu, berat badan saya bertambah hampir 12kg. Pada mulanya saya cuma hendak menambah beberapa kg sahaja tapi nampaknya berat saya terus naik dan naik dan naik. Doktor di klinik mengatakan berat maksimum yang sesuai ialah 50kg namun sekarang berat saya dah 56kg!

 [nampak tak muka saya yang tembam...]

Saya terpaksa memunggah almari pakaian kerana kebanyakannya sudah tidak boleh dipakai lagi. Mula-mula saya tidak kisah sangat tapi ada beberapa insiden yang menyebabkan saya berfikir semula untuk menurunkan berat badan sekarang. Pertama, saya rasa tak larat nak naik tangga rumah flat saya dan tangga jejantas untuk ke stesen LRT. Kedua, nak bangun dari duduk atas lantai pun saya rasa berat sangat. Ketiga, saya selalu rasa semput, cepat mengah dan sakit lutut.

Oleh itu, saya membuat keputusan untuk mengambil Lacto-Fiber dan hingga hari ini sudah 2 minggu saya mengamalkannya. Lacto-Fiber adalah makanan kesihatan yang membantu menurunkan kadar kolesterol, membuang toksin, melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah dan melancarkan sistem imun tubuh.

Bukan bergantung sepenuhnya kepada Lacto-Fiber tetapi saya juga perlu bersenam dan minum air masak secukupnya supaya misi ini berjalan lancar. Saya berharap untuk mendapat berat badan ideal, yang sesuai dengan ketinggian saya.

Nanti saya maklumkan ya bila misi saya ini berjaya!

Kabinet Dapur

Friday, November 25, 2011

New Straits Times, Khamis, 17 November 2011

TupperwareBrands, The Winner of 2011 Superbrands: Malaysia's Choice.
I'm proud to be Tupperware family!



Tuesday, November 15, 2011

Party Tupperware Chef Wan di AFC Studio

Pada September 2011, Datuk Chef Wan (Chef Wan) telah mengadakan demo masakan dengan menggunakan produk Tupperware di Studio AFC Singapura. Beliau menggunakan FAST & EASY COOKING SET untuk memasak tiga jenis resepi yang menyelerakan.  Para tetamu turut dijemput untuk mencuba produk Tupperware dan merasa makanan yang disediakan oleh Chef Wan.

Tahukah anda bahawa Chef Wan telah membesar bersama-sama Tupperware? Ibunya merupakan ejen Tupperware dan sering menggunakan produk ini untuk menyimpan kuih muih yang dibuatnya, menjamu kawan-kawan serta mengadakan parti Tupperware. Tidak hairanlah jika Chef Wan juga mempercayai kualiti Tupperware dan meyakininya kerana sejak kecil lagi beliau sudah mengenali Tupperware.  Chef Wan juga menggunakan produk ini apabila mengadakan demo masakan dan membawanya apabila melancong.



[Sumber maklumat dan gambar: Tupperware Brands Malaysia]

Saturday, November 12, 2011

Promo Tupperware di Petaling Jaya & Semenyih

Promo dan party Tupperware bulan Oktober lalu diadakan di PJ Club, Petaling Jaya (Ahad, 23 Okt 2011) dan Semenyih (Sabtu, 29 Okt 2011). Kedua-dua promo ini memberi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ia adalah satu cabaran apabila kita menceburi bisnes.

Di PJ Club, kami telah berada di sana seawal jam 8 pagi. Namun sehingga jam 4 petang, tidak ada tanda-tanda yang kami akan mendapat sebarang sale di situ sehinggalah apabila kami mula mengemas untuk pulang, ada dua tiga orang datang untuk membeli produk yang dijual.



Begitu juga di Semenyih, tidak berapa mendapat sambutan, mujurlah ada juga tetamu dan demo tetap diteruskan.


Kedua-dua event ini betul-betul mencabar...rasa macam nak menangis je...namun kata-kata semangat dari upline supaya tidak berputus asa dan selalu berfikiran positif akan dipegang sentiasa.

Antara pengajaran yang perlu diambil ialah:
  1. Kaji event apa yang kita akan sertai dan siapa tetamu yang hadir
  2. Adakah lokasi itu sesuai untuk pasaran
  3. Kesesuaian masa dan tarikh yang dipilih
  4. Siapa golongan sasaran kita.

YA!!! Untuk berjaya, kita kena sentiasa berfikiran positif, tidak cepat mengalah dan berputus asa, rajin dan tekun berusaha serta percaya rezeki itu datangnya daripada ALLAH SWT.

Jakarta + Bandung

Saya akan ke Jakarta + Bandung selama LIMA hari dari 16 Nov hingga 20 Nov 2011.

Untuk tempahan produk dan info terkini, sila hubungi bisnes partner saya.

Nida (KL/Selangor) - 017-2066286

Azimah (Cheras/KL) - 017-6223754

Nurmala (Sg. Besi/KL) 017-3066627

Azlina (Shah Alam S14/Kapar/Klang) - 012-2462745

Nadira (Kajang/Seremban) - 012-2972117

Fatina (Cheras/KL) - 012-9300024

Azie (Cheras/KL) - 019-3098523

Lynda (KL/Tmn Melati) - 017-3304365


Terima kasih.


Thursday, November 10, 2011

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
Sebiji mangga muda
Setengah batang lobak merah
Sebiji bawang besar   
Segenggam ikan bilis
Segenggam kacang tanah
5 biji cili padi
Sebiji limau nipis
Gula dan garam secukup rasa

Cara penyediaan:
  1. Hiris mangga muda, lobak merah, bawang besar dan cili padi.
  2. Ikan bilis dimesin kasar dengan Turbo Chopper.
  3. Kacang tanah dimesin kasar dengan Turbo Chopper.
  4. Campurkan kesemua bahan bersama perahan air limau nipis, garam dan gula.
  5. Gaul sebati di dalam Junior Season Serve.
  6. Sedia untuk dihidang.

Tuesday, November 8, 2011

Usah Mengalah!

Walau terdapat halangan di dalam perjalanan, usah mengalah! Teruskan usaha dengan hati yang nekad dan semangat yang kuat!

Walau tidak berada di puncak kejayaan, apa yang penting kita dapat menghabiskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi dituju. Apa yang dimulakan harus ada pengakhirannya.

Apabila kita tidak mengalah, kita juga tidak gagal!