Thursday, October 6, 2011

8 Cara Untuk Berjaya

Dengan Tupperware anda bukan sekadar menjual produk tetapi juga boleh menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup anda, mendapat lebih ramai kenalan dan meningkatkan daya motivasi diri.

Kejayaan boleh dicapai sekiranya anda mengambil langkah seperti berikut:
  1. Sedia belajar - Belajar tentang produk, pelan perniagaan...belajar dari rakan niaga, hadiri kursus dan latihan serta lakukan kajian bagi menambah ilmu dan pengetahuan anda dalam bisnes ini.
  2. Wujudkan rangkaian - Anda boleh bermula dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran untuk mewujudkan rangkaian dan dari situ anda boleh membina rangkaian yang lebih luas.
  3. Lakukan duplikasi sistem - Belajar dan ikut sistem yang digunakan oleh rakan niaga anda serta perbaiki dari masa ke semasa.
  4. Berikan komitmen masa - Tetapkan masa yang sesuai dengan anda bagi melakukan aktiviti jualan, pemasaran atau parti. Tumpukan sepenuh tenaga, usaha, fokus dan ikut jadual yang telah ditetapkan.
  5. Tetapkan matlamat dan bertindak dengan bijak - Anda perlu tahu apa matlamat anda, tetapkan satu matlamat yang boleh dicapai. Berfikir dengan kritis dan bertindak dengan bijak untuk mencapai matlamat tersebut.
  6. Gunakan produk - Apabila anda telah menggunakan produk ini, anda suka dan yakin padanya maka anda boleh berkongsi dengan orang lain pula.
  7. Positif, bersemangat, tabah dan sabar - Tiada kejayaan dapat dicapai sekelip mata, semuanya bermula dari bawah dan pasti melalui ujian dan kegagalan. Oleh itu, tetapkan semangat anda, sentiasa berfikiran positif atas apa yang berlaku serta tabah dan sabar dalam melalui setiap ujian dan cabaran. 
  8. Anggap ia sebagai perniagaan - Jika anda menganggapnya sebagai hobi, maka anda juga akan menerima bayaran yang sedikit seperti hobi.

Party Tupperware Di Ampang Siri 2

Party Tupperware bulan ini akan diadakan di Ampang seperti berikut:

Tarikh: 15 Oktober 2011 (Sabtu)
Jam: 3.00 pm - 6.00 pm
Lokasi: Blok F16, Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang
Host: Yati

Acara
  • Pengenalan & penerangan produk
  • Cara penjagaan produk
  • Panduan penggunaan produk
  • Games & Gift
  • Jamuan ringan
  • Tempahan produk
  • Pendaftaran ahli

Monday, October 3, 2011

Katalog 7/2011 - Fresh From The Freezer

Tempoh: 1 Oktober - 12 November 2011




























Nota: Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Saturday, September 24, 2011

Party Tak Jadi > Tukar Ke Plan B

Sedih...party yang dirancang tak dapat diadakan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Banyak rumah terbuka diadakan di hujung Syawal ini, host takut tak ada orang yang datang party pulak. Jadi, terpaksa ditangguhkan dulu dan akan ditentukan tarikh yang sesuai kelak.

Memandangkan party tak jadi, apa saya nak buat pada hari minggu ye? Baru saya teringat yang bulan ini, turn kawan saya Nad dapat Rice Dispenser... Dia juga baru menjadi ahli Tupperware. Jadi saya bercadang menghantar Rice Dispenser dan Starter Kit ke rumahnya di Seremban. Sambil tu boleh la beraya dan melawat baby barunya... Nad pun tak ke mana-mana pada hari minggu ini.

Ok, Nida pun setuju untuk turut serta dan dia akan cuba mengajak abang Salleh ikut sekali. Sambil tu boleh bagi penerangan produk terus pada Nad. Harap-harap, kami dapat sales di Seremban nanti... (",)

Pengajaran: Sentiasa ada dua atau lebih plan dalam merangka sesuatu perkara. Sekiranya Plan A tak jadi, kita boleh cover dengan Plan B...Mana-mana plan pun, yang penting ia memberi manfaat kepada kita.

Monday, September 19, 2011

Party Tupperware Di Ampang Siri 2

Kak Yati, kawan merangkap jiran saya akan menjadi host party Tupperware bulan ini di Ampang disamping mengadakan makan-makan untuk kawan-kawan terdekat dan jiran-jiran sempena Syawal.

Sesiapa yang berminat nak hadir, boleh hubungi saya atau Yati.

Wednesday, September 14, 2011

Carta Penyimpanan Dengan FridgeSmart

Berikut adalah panduan penyimpanan makanan di dalam FridgeSmart, berapa banyak udara diperlukan bagi mengoptimumkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Monday, September 12, 2011

Makan-Makan Raya

Ahad, 4 September 2011 buat makan-makan sikit sempena Hari Raya Aidilfitri 2011. Kawan-kawan adik datang berhari raya dan memeriahkan suasana.


Tupperware pun ada mencelah ye...tengok tu, OT edisi terhad sempena Aidilfitri...diisi dengan kuih raya.


Serta Allegra Serving Centre dan Season Serve untuk menu utama - bihun soto.  Tak terlambat rasanya untuk Nur & Tupperware mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN'.

Tuesday, September 6, 2011

Jimat Dengan Modular Mates

Tempoh: 1 - 30 September 2011


Promo party bulan ini dengan Modular Mates. Beli satu set Mini Rectangular Modular Mates (6 unit), percuma 2 unit Modular Mates Rectangular II dan dapat diskaun lagi untuk 2 unit Modular Mates Rectangular III.







Ingin mengadakan party di tempat anda? 
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Monday, September 5, 2011

Tips Penyimpanan Makanan

Berikut adalah tips penyimpanan selamat apabila menggunakan produk Modular Mates, One Touch dan Giant Canister.
  1. Sentiasa menyimpan makanan kering di dalam bekas terkedap yang bersih dan kering. 
  2. Bekas makanan hendaklah dilabel dan ditarikhkan untuk membantu putaran stok.
  3. Tumpahan yang menarik perhatian kutu atau serangga perlu dibersihkan dengan segera.
  4. Basuh bekas kosong dengan sempurna dan anginkan sebelum diisi semula. Labelkan dengan tarikh baru.
  5. Sentiasa basuh tangan anda dan keringkan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan untuk mencegah apa-apa pencemaran.
  6. Sentiasa melupuskan makanan yang telah tamat tempoh.
  7. Beli makanan dalam jumlah yang diperlukan dan tambah lagi secara berkala.
  8. Sentiasa mengatur barang-barang yang paling kerap digunakan dan letakkan barang-barang tersebut bersama - ini menjimatkan masa dan tenaga apabila mencari barang-barang tersebut.

Karamel Telur

Bahan-bahan:
5 biji telur   
1 tin susu cair        
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar gula pasir (masukkan bersama telur)
5 sudu besar gula pasir (karamel)

Cara penyediaan:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali dan kacau perlahan sehingga keperang-perangan.
  2. Angkat dan tuangkan ke dalam loyang.
  3. Campurkan telur, gula (1 sudu), esen vanila dan susu cair. Putar sehingga sebati.
  4. Tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  5. Kukus di dalam Steam It.
  6. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.