Sedih...party yang dirancang tak dapat diadakan disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Banyak rumah terbuka diadakan di hujung Syawal ini, host takut tak ada orang yang datang party pulak. Jadi, terpaksa ditangguhkan dulu dan akan ditentukan tarikh yang sesuai kelak.
Memandangkan party tak jadi, apa saya nak buat pada hari minggu ye? Baru saya teringat yang bulan ini, turn kawan saya Nad dapat Rice Dispenser... Dia juga baru menjadi ahli Tupperware. Jadi saya bercadang menghantar Rice Dispenser dan Starter Kit ke rumahnya di Seremban. Sambil tu boleh la beraya dan melawat baby barunya... Nad pun tak ke mana-mana pada hari minggu ini.
Ok, Nida pun setuju untuk turut serta dan dia akan cuba mengajak abang Salleh ikut sekali. Sambil tu boleh bagi penerangan produk terus pada Nad. Harap-harap, kami dapat sales di Seremban nanti... (",)
Pengajaran: Sentiasa ada dua atau lebih plan dalam merangka sesuatu perkara. Sekiranya Plan A tak jadi, kita boleh cover dengan Plan B...Mana-mana plan pun, yang penting ia memberi manfaat kepada kita.
Saturday, September 24, 2011
Monday, September 19, 2011
Party Tupperware Di Ampang Siri 2
Kak Yati, kawan merangkap jiran saya akan menjadi host party Tupperware bulan ini di Ampang disamping mengadakan makan-makan untuk kawan-kawan terdekat dan jiran-jiran sempena Syawal.
Sesiapa yang berminat nak hadir, boleh hubungi saya atau Yati.
Sesiapa yang berminat nak hadir, boleh hubungi saya atau Yati.
Wednesday, September 14, 2011
Carta Penyimpanan Dengan FridgeSmart
Berikut adalah panduan penyimpanan makanan di dalam FridgeSmart, berapa banyak udara diperlukan bagi mengoptimumkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran.
Monday, September 12, 2011
Makan-Makan Raya
Ahad, 4 September 2011 buat makan-makan sikit sempena Hari Raya Aidilfitri 2011. Kawan-kawan adik datang berhari raya dan memeriahkan suasana.
Tupperware pun ada mencelah ye...tengok tu, OT edisi terhad sempena Aidilfitri...diisi dengan kuih raya.
Serta Allegra Serving Centre dan Season Serve untuk menu utama - bihun soto. Tak terlambat rasanya untuk Nur & Tupperware mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN'.

Tuesday, September 6, 2011
Jimat Dengan Modular Mates
Tempoh: 1 - 30 September 2011
Promo party bulan ini dengan Modular Mates. Beli satu set Mini Rectangular Modular Mates (6 unit), percuma 2 unit Modular Mates Rectangular II dan dapat diskaun lagi untuk 2 unit Modular Mates Rectangular III.

Ingin mengadakan party di tempat anda?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Monday, September 5, 2011
Tips Penyimpanan Makanan
Berikut adalah tips penyimpanan selamat apabila menggunakan produk Modular Mates, One Touch dan Giant Canister.
- Sentiasa menyimpan makanan kering di dalam bekas terkedap yang bersih dan kering.
- Bekas makanan hendaklah dilabel dan ditarikhkan untuk membantu putaran stok.
- Tumpahan yang menarik perhatian kutu atau serangga perlu dibersihkan dengan segera.
- Basuh bekas kosong dengan sempurna dan anginkan sebelum diisi semula. Labelkan dengan tarikh baru.
- Sentiasa basuh tangan anda dan keringkan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan untuk mencegah apa-apa pencemaran.
- Sentiasa melupuskan makanan yang telah tamat tempoh.
- Beli makanan dalam jumlah yang diperlukan dan tambah lagi secara berkala.
- Sentiasa mengatur barang-barang yang paling kerap digunakan dan letakkan barang-barang tersebut bersama - ini menjimatkan masa dan tenaga apabila mencari barang-barang tersebut.
Karamel Telur
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar gula pasir (masukkan bersama telur)
5 sudu besar gula pasir (karamel)
Cara penyediaan:
- Masukkan gula ke dalam kuali dan kacau perlahan sehingga keperang-perangan.
- Angkat dan tuangkan ke dalam loyang.
- Campurkan telur, gula (1 sudu), esen vanila dan susu cair. Putar sehingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi.
- Kukus di dalam Steam It.
- Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Friday, August 26, 2011
Apa Nak Buat? Siri 2
Setelah masa untuk mengadakan party Tupperware ditetapkan dan nama prospek disenaraikan, anda boleh fikirkan pula apa aktiviti yang akan dilakukan semasa party. Selain daripada penerangan produk, anda boleh mengadakan:
Demonstrasi (Demo)
Demonstrasi (Demo)
- Demo produk membolehkan tetamu anda memahami fungsi dan manfaat produk dengan lebih baik
- Demo sebaiknya ringkas dan padat. Lihat reaksi pelanggan terhadap produk tersebut. Minat mereka akan timbul jika mereka memegang, mencuba dan merasa produk itu sendiri
- Dengan mengadakan games, party anda akan lebih menarik dan ceria
- Sediakan pelbagai games seperti kuiz atau teka nama untuk mereka sertai. Sediakan hadiah sebagai tarikan
- Party juga peluang untuk anda mengambil tempahan/order produk
- Party juga peluang untuk anda recruit mereka yang berminat menjadi ahli
- Sesi soal jawab (Q&A) memudahkan tetamu untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk
- Anda juga boleh membuat personal approach dan bertanya samada mereka faham penerangan yang disampaikan
- Tak sah perjumpaan kalau tak ada makan-makan. Yang ringkas sudah memadai seperti snek, bihun goreng atau kek
- Kongsikan pengalaman anda menggunakan produk Tupperware dengan mereka
Saturday, August 20, 2011
Insan & Nasib
"Bergantung pada nasib adalah ibarat kayu yang hanyut. Insan yang berjaya itu berusaha menjadikan dirinya bernasib baik. Rezeki suka kepada insan yang berusaha."
[Pendita]
Friday, August 19, 2011
Punca Pendapatan Kedua
Bil handphone, elektrik, air, internet...
Pinjaman peribadi, rumah, kereta...
Yuran dan belanja sekolah anak...
Macam-macam nak kena bayar. Bagaimana nak mengatasinya ye?
Caranya bukanlah dengan mengurangkan perbelanjaan tetapi perlu berusaha mendapatkan pendapatan yang lebih kerana semua di atas adalah sebahagian dari hidup zaman sekarang yang tak dapat kita elakkan. Salah satu cara ialah dengan menceburi bidang perniagaan secara sambilan sebagai punca pendapatan kedua.
Iya, ceburilah bidang perniagaan Tupperware yang menawarkan pelbagai kelebihan. Antaranya:
Dengan kelebihan Tupperware ini, adakah anda masih mahu berfikir dua kali?
Hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

- Pelaburan minima dan seumur hidup
- Pulangan modal segera / untung runcit
- Latihan & sokongan teratur daripada upline dan team
- Produk jenama antarabangsa yang diyakini semua
- Produk yang berkualiti tinggi
- Waranti seumur hidup bagi semua produk
- Syarikat global yang utuh
Dengan kelebihan Tupperware ini, adakah anda masih mahu berfikir dua kali?
Hubungi saya di 013-3351433 atau emel ke nurdantupperware@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
Subscribe to:
Comments (Atom)